Page 17 - BCD ANDROID
P. 17
2
3
1
ABDUL GAFAR MAHDI , ABDUL RAHMAN ZULKIPLI , AZMUL ALIYA HAMIDAHBINTI MOHAMAD , NOR
4
BASIRAH BINTI HASSAN
SMK Dalat, Lot 150, Oya-Dalat Land District, 96300 Dalat, Mukah, Sarawak
3
4
1 cikgugafar@gmail.com, abdulrahmanzulkipli@gmail.com, azmulaliya@gmail.com, norbasirahhassan11@gmail.com
2
“ALBUMPER” merupakan satu alat bantu mengajar dalam bentuk kad selak (flip card) seperti calendar meja, yang
memaparkan peribahasa tertentu yang disertakan dengan gambar dan maksudnya sebagai pembayang. Produk ini
dihasilkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Antaranya ialah murid kurang mengetahui peribahasa disebabkan peribahasa jarang digunakan
dalam perbualan harian pada zaman kini. Oleh hal yang demikian, guru perlu kreatif untuk menarik minat murid
memahami dan mengaplikasikan penggunaan peribahasa sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Objektif
produk ini dibina adalah untuk memperkayakan pengetahuan murid tentang pelbagai peribahasa menarik. Selain itu,
murid juga mudah untuk mengingat lebih banyak peribahasa dan maksudnya dengan teknik kad selak, di samping
mereka dapat mengaplikasikan peribahasa tersebut dalam membina ayat atau menulis karangan. Metodologi
pengaplikasian ALBUMPER di dalam bilik darjah adalah sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan oleh
guru untuk mengajar murid pelbagai peribahasa dengan teknik imbasan/selakan kad, permainan kuiz atau aktiviti
berkumpulan. ALBUMPER merupakan rekaan asli kumpulanguru panitia Bahasa Melayu, SMK Dalat dengan nombor
pendaftaran MyIPO, LY2019001321. ALBUMPER berpotensi untuk dipasarkan dengan harga yang berpatutan ke
seluruh negara kerana memiliki ciri-ciri seperti ringan, mudah dibawa dan menarik. Penggunaan ALBUMPER telah
disebarluaskan di peringkat daerah dan sekolah, serta telah menyertai pelbagai pertandingan inovasi dengan
pencapaian 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
Kata Kunci : ALBUMPER, peribahasa, Bahasa Melayu, kad selak
KB29
INTANGKAS 1.0
DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK , LATIFAH BINTI AYAN, PhD , MOHD AZIZUAN ABDUL, PhD 3
2
1
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu Peti Surat 297 89108 Kota Marudu, Sabah.
azizuanabdullah73@gmail.com
Intangkas merupakan ringkasan daripada perkataan di dalamnya “in” ada sesuatu yang tangkas untuk dipelajari.
Modul intangkas ini dihasilkan untuk memudahkan calon SPM memahami silibus baharu KSSM. Modul ini diterbitkan
dalam dua edisi iaitu Edisi tingkatan 4 yang meliputi keseluruhan silibus KSSM Tingkatan 4 dan Edisi Tingkatan 5
yang meliputi semua silibus baharu KSSM Tingkatan 5. Selain itu, Modul Intangkas ini juga berfungsi untuk
membantu pelajar mengggalurkan fakta demi fakta dan huraian untuk sesuatu fakta melalui peta minda dan I-
Think yang dihasilkan. Modul ini juga sesuai untuk semua peringkat penguasaan pelajar, pelajar cemerlang akan
mengemukakan fakta dan huraian yang lengkap, manakala pelajar kurang cemerlang akan melengkapkan modul
dengan satu fakta dan satu huraian sahaja. Secara tidak langsung modul ini membantu pelajar lemah untuk
menguasai sekurang-kurangnya 1 fakta dan 1 huraian utk sesuatu topik. Istimewanya Intangkas kerana ia meliputi
nota terarah yang diisi sendiri oleh pelajar mengikut pemahaman masing-masing dan disertai dengan soalan
mengikut bab yang dilengkapi dengan soalan KBAT.