Page 16 - BCD ANDROID
P. 16

pendengaran untuk menikmati gaya pengajaran baharu tertutamanya apabila tidak dapat belajar secara bersemuka.
               Modul  video  berisyarat  merupakan  satu  inovasi  yang  dibangunkan  berasaskan  modul  matapelajaran  KVS
               Pembuatan  Pastri  untuk  murid-murid bermasalah  pendengaran kefungsian  tinggi,  rendah  dan sederhana. Idea  ini
               dilhat dapat membantu bukan sahaja murid bermasalah pendengaran di Negeri Sembilan,  malah ia boleh diguna
               pakai juga di serata Malaysia kerana menggunakan silibus yang sama. Malah impaknya bukan sahaja di peringkat
               sekolah,  malah  kolej  komuniti,  Kolej  Vokasional  juga  IPTA/S  yang  mempunnyai  pelajar  berkeperluan  khas
               bermasalah pembelajaran yang mengambil kursus yang sama. Objektif inovasi ini ialah untuk menarik minat pelajar
               (elemen  didik  hibur)  mengambil  bahagian  dalam  sesi  PDPR.  Selain  itu,  melalui  modul  video  berisyarat  ini  juga
               diharap murid lebih memahami isi pengajaran yang dibantu dengan Bahasa isyarat yang diterjemah  oleh guru. Ia
               sangat menarik untuk dikongsikan kerana melalui modul ini, murid tidak bosan dengan hanya melihat dan membaca
               tulisan sahaja ketika PDPR berlangsung. Malah,  video juga dapat diulang tayang tanpa menggunakan data yang
               banyak seperti Google Meet dan Zoom. Bagi projek inovasi rintis ini, ia dilakukan di dalam dua buah kelas KSSMPK
               danmurid dikehendaki menonton video melalui media sosial yang telah dikongsikan secara umum.
               Kata Kunci : Bahasa isyarat, modul inovasi, murid bermasalah pendengaran, didik hibur,
               pembuatan pastry.

               KB27
                                                    CARTA SEDAR BAHASA

                                              UMA THEVI A/P VETRIVEILMANY, PhD
                                       Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
                                                    Uma_d79@yahoo.com.my

               Kajian  ini mengkaji  penulisan  karangan  yang  gramatis  dan  bertahap  cemerlang khususnya  karangan  Bahagian  B
               Bahasa  Melayu  Kertas  1  SPM  ekoran masalah dari  aspek  bahasa  yang masih  belum dapat  dikuasai oleh murid.
               Kajian ini menggunakan Carta Sedar Bahasa agar guru mata pelajaran memainkan peranan afdal dan serius dalam
               proses  (menanda)  TANDA  hasil  penulisan  murid  supayamurid  SEDAR  akan  kesilapan  masing-masing  ke  arah
               penulisan  karangan  yang  gramatis.  Responden  bagi  kajian  ini  melibatkan  seramai  enam  orang  murid  Tingkatan
               5SN2 tahun 2021. Data dikumpulkan melalui penggunaan Carta Sedar Bahasa bagi Latihan Karangan Bahagian B
               (1) sewaktu pelaksanaan PdPr (Mac) dan penggunaan Carta Sedar Bahasa bagi penulisan Karangan Bahagian B
               dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (April). Di samping itu, temu bual berfokus terhadap persepsi murid dalam
               penggunaan Carta Sedar Bahasa ke arah penulisan karangan yang gramatis dan cemerlang juga turut dilaksanakan.
               Carta Sedar Bahasa yang digunakan bagi kedua-dua karangan di analisis. Begitu juga, markah yang diperoleh bagi
               kedua-dua penulisan karangan turut dibandingkan. Hasil dapatan kajian tindakan ini menunjukkan bahawa terdapat
               peningkatan  dalam  markah  murid.  Malah,  kesalahan  bahasa  yang  dilakukan  oleh  murid  berkurangan.  Hal  ini
               menunjukkan murid SEDAR akan kesilapan mereka dan tidak lagi cenderung melakukan kesilapan berulang. Melalui
               kajian tindakan ini dapat disimpulkan bahawa kaedah penggunaan Carta Sedar Bahasa untuk penulisan karangan
               dapat meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan yang gramatis tanpa kesalahan bahasa yang serius
               yang selama ini menjadi halangan kepada murid ke arah memperoleh markah peringkat cemerlang.

               KB28
                                                         ALBUMPER
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21