Page 19 - BCD ANDROID
P. 19
ruang penyimpanan sisa asahan yang kecil juga memerlukan murid bergerak ke belakang kelas bagi membuang sisa
tersebut setelah penuh. Natijahnya murid tidak fokus semasa PdPc berlangsung kerana bergerak membuang sisa
asahan pensel. Bertindak bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek
berteraskan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan menghasilkan The Amazing Sharpener bagi mengatasi
masalah ruang penyimpanan sisa-sisa asahan pensel yang kecil kepada yang lebih besar, bertutup dan tidak perlu
lagi bergerak bagi membuang sisa-sisa asahan pensel yang boleh mengganggu tumpuan murid dalam PdPc.
Impaknya sekolah semakin bersih, PdPc berlangsung dengan lancar, tumpuan murid dalam pelajaran semakin
meningkat dan tanggungjawab menguruskan sisa-sisa buangan beralih kepada para murid.
KC03
RoFKarF 4.0 (RODA FORMULA KARANGAN FAKTA)
SITI NURJAMIA’TUL AISYAH BINTI OMAR
SK Buloh Kasap, KM 16, Jalan Abdullah, Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor
aisyah6342@gmail.com
Kemahiran menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea utama dan idea
sampingan secara kohesi dan koheren dengan bahasa yang santun. Merupakan komponen kemahiran yang penting
bagi murid tahap rendah. Kemahiran ini terkandung dalam DSP untuk standard pembelajaran 2.4 dan 3.6 yang
menjadi penilaian pentaksiran kepada murid. Membina dan menulis idea dalam menjawab soalan penilaian
khususnya UPSR dan penilain kemahiran PBD untuk kemahiran menulis merupakan elemen yang sangat penting
pada murid agar murid mampu mengembangkan idea tanpa tersasar daripada kehendak soalan. Kajian ini dijalankan
untuk mengatasi masalah bagi murid tahun 6 yang masih lemah dalam membina sebuah karangan dengan format
dan cara yang betul serta mengembangkan idea tersebut dengan huraian yang baik. Guru berharap melalui kajian ini
dan langkah-langkah yang diambil dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam membentuk idea utama
dan idea sampingan berdasarkan kepada kehendak soalan, seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam
mengembangkan idea tersebut menjadi ayat yang gramatis. Kajian inimengambil masa selama tiga minggu iaitu
pelaksanaannya sepanjang tempoh PDPR. Pada akhir kajian ini, guru mendapati prestasi murid-murid dalam ujian
pos telah meningkat. Menarik minat murid dalam penulisan bukanlah sesuatu yang mudah dan guru telah berjaya
melaksanakannya dalam kaedah inovasi yang digunakan ini dengan membina idea mengikut landasan yang betul.
Guru berharap method yang boleh membantu pelajar ini dapat berterusan supaya dapat membantu lebih banyak
pelajar khususnya pelajar yang sederhana dan lemah khususnya dalam penulisan Bahasa Melayu.
KC04
ICSY100
2
1
MOHD FADHIL BIN OMAR , RAMZI BIN ADAM
1 SK Chengal Lempong, 26100 Kuantan, Pahang, SK Sungai Mas (JHEOA), 26200 Kuantan, Pahang
1 thebrainsbrain82@gmail.com
Bahan bantu belajar amat penting dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Inovasi ini adalah untuk
membantu meningkatkan kemahiran murid orang asli tahun 6 SK SungaiMas (JHEOA) dalam tajuk operasi asas,
pecahan, ruang dan koordinat dengan menggunakan kitICSY100. Inovasi ini berbentuk kualitatif menggunakan