Page 24 - BCD ANDROID
P. 24
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kad imbasan bergambar yang dinamakan Inomaj diperkaya dengan
teknologi realiti terimbuh dalam membantu meningkatkan pencapaian pentaksiran bilik darjah, mengkonsepsikan
kata majmuk dan mampu menarik minat murid. Kajian ini dilaksanakan terhadap 10 orang murid tahun 1 yang terdiri
daripada murid lemah dan sederhana. Sampel ini dipilih setelah ujian diagnostik dijalankan ke atas 10 orang murid
tahun 1 UTM di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas Dua, Pulau Pinang. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Data
kuantitatif dikumpul melalui pentaksiran bilik darjah, ujian pra dan ujian pos, pemerhatian melalui senarai semak dan
soal selidik. Sebelum sesi rawatan menggunakan Inomaj, murid-murid diberi ujian sebelum tindakan (Pra-Test) untuk
menentukan prestasi mereka dalam Pentaksiran Bilik Darjah bagi kata majmuk. Tingkah laku murid semasa sesi
rawatan dicatatkan menggunakan kaedah pemerhatian melalui senarai semak. Ujian selepas tindakan (Post-Test)
diberikan kepada responden selepas sesi rawatan berakhir. Soal selidik dilaksanakan untuk mengumpul maklumat
serta maklum balas daripada mereka setelah menggunakan Inomaj. Segala data yang diperolehi dianalisis
berasaskan kepada pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Inomaj
berkesan dalam meningkatkan prestasi murid dalam latihan kata majmuk. Keputusan ujian menunjukkan terdapat
peningkatan sebanyak 83% setelah menggunakan kadimbasan bergambar. Begitu juga dengan minat dan
keupayaan murid dalam mengkonsepsikan kata majmuk, juga meningkat berbanding sebelumnya. Inomaj juga telah
ditambah baik dalam bentuk buku Jom Belajar Kata Majmuk dan Mobile Apps E-Inomaj. Kesimpulan, Inomaj
berkesan dalam membantu kemenjadian murid dan mencapai aspirasi Pelan Hala Tuju Bahasa Melayu yang
mengintegrasikan bidang bahasa dengan teknologi.
KC12
KIT LIN’S CUTE BUG: MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara,Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
norazlinrusdin@gmail.com
Kemahiran membundar nombor diajar dan perlu dikuasai oleh murid seawal di Tahun Satu lagi. Membundar nombor
merupakan salah satu daripada standard kandungan bagi tajuk Nombor bulat dalam silibus matematik sekolah
rendah. Namun begitu, ramai murid menghadapi kesukaran dalam memahami dan menguasai konsep bundar dan ini
akan menyebabkan mereka gagal mencapai Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Kit Lin’s
Cute Bug diperkenalkan bagi membantu murid belajar membundar secara berkesan dengan penegasan padakonsep
yang tepat. Kajian kebolehgunaan kit ini melibatkan 32 orang murid Tahun Tiga sekolah rendah. Dapatan analisis
kajian eksperimen satu kumpulan menunjukkan peningkatan dari aspek penguasaan murid membundar nombor
kepada puluh, ratus dan ribu terdekat selepas penggunaan kit ini berbanding sebelumnya. Responden kajian bukan
sahaja menunjukkan keupayaan menjawab soalan-soalan berkaitan pembundaran nombor pada Tahap Penguasaan
3 bahkan mampu menyelesaikan masalah pada Tahap Penguasaan 4, Tahap Penguasaan 5 dan Tahap
Penguasaan 6 yang turut melibatkan Kemahiran Berfikir Tahap Tinggi (KBAT).
KC13
KIT PERMAINAN MAGNET
ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY
SJK (T) Ladang Chemor, Perak
ashokmugilan3@gmail.com