Page 21 - BCD ANDROID
P. 21
SK Gas Sandakan,WDT 231 90009 Sandakan
Iamfez93@gmail.com
FasRe adalah merupakan sebuah koleksi buku digital bersiri kemahiran asas membaca Bahasa Melayu yang
pertama dihasilkan di Malaysia berdasarkan KSSR Semakan Pendidikan Khas Pembelajaran. FasRe mempunyai 5
siri yang dibina berdasarkan KSSR Pendidikan Khas Pembelajaran Tahun 1 sehinggalah Tahun 5. Kewujudan
pandemik dalam beberapa tahun ini telah membantutkan penguasaan membaca dalam kalangan murid berkeperluan
khas (MBK). Justeru itu, FasRe telah dihasilkan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca MBK.
Antara ciri-ciri FasRe adalah himpunan abjad, suku kata dan perkataan yang disusun secara berperingkat dengan
menekankan penggunaan jarak dan warna yang berbeza untuk mengasingkan suku kata bagi memudahkan proses
membatang dan membaca perkataan. Tambahan pula, font Disleksia digunakan untuk membantu meningkatkan
persepsi visual murid dalam mengecam huruf. Seiring dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR), FasRe telah dibina dalam bentuk aplikasi dan boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play.
Sekali gus ini dapat membantu para ibu bapa dalam memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang
secukupnya terutama sekali dalam situasi ekonomi yang tidak menentu masa kini. Kajian rintis telah dilakukan dan
data dikumpul melaluipemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dan kemudiannya dianalisis secara kualitatif
dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan pada penguasaan membaca muriddalam
masa yang ditetapkan.
Kata Kunci: Kemahiran Membaca, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas.
KC07
KEBERKESANAN TESUKA DALAM MENINGKATKAN PENYEBUTAN, PEMBACAAN
DAN PENULISAN PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA “KV” DAN“KVK” DALAM KALANGAN
MURID TAHUN DUA
MUHAMMAD AFFAN BIN AHAMAD
Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, 36000 Teluk Intan, Perak
ckgaffan@gmail.com
Penguasaan asas membaca dan memahami maklumat dalam kalangan murid perlu diberi perhatian oleh pendidik
agar memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran menulis. Program Literasi dan Numerasi (PLaN) merupakan
inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan murid menguasai Tahap
Penguasaan 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Fokus (PLaN) adalah menggalakkan guru membina bahan pengajaran
yang menarik. Isunya, mereka sukar membaca suku kata dengan sebutan yang betul. Mereka tidak dapat menyebut,
membaca dan menulis perkataan yang mengandungi dua suku kata dantiga suku kata serta mudah hilang tumpuan
semasa guru mengajar kerana pengajaran yangmembosankan dan tidak dapat mengingati suku kata yang disebut.
Penyelidik menggunakan pendekatan belajar sambil bermain melalui koperatif. Ia seiring pembelajaran abad ke-21
yang berlandaskan teori Zone Proximal Development (ZPD). Sampel kajian ini melibatkan murid tahun dua iaitu 36
orang murid. Impaknya, suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan guru sebagai fasilitator. Penyelidik menggunakan reka bentuk eksperimental. Data diperoleh melalui
pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca sertasoal selidik. Produk inovasi yang dihasilkan melalui gabungan konsep
3R bersama dengan pembelajaran digitalisasi melalui penggunaan barang kitar semula. Produk inovasi ini sangat
berpotensi besar untuk dikomersialkan di pasaran kerana ia sangat mudah dihasilkan, ergonomik dan harganya
sangat murah.