Page 26 - BCD ANDROID
P. 26
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang
maya yang cukup luas kepada guru dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran
secara akses kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan untuk menjadikan proses pengurusan pentadbiran
sekolah, pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan efektif. Sejajar dengan transformasi pendidikan dan Anjakan
ke-7 dalam PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti Pembelajaran di Malaysia serta perkembangan
teknologi maklumat, penyelidik ingin meneroka penghasilan Google Form dan penggunaannya dalam proses
pengurusan sekolah. Sejak kebelakangan ini, segala laporan pengurusan harian sekolah tidak dapat diuruskan
dengan baik sekali kerana peningkatan dalam beban tugas guru, kekangan masa dalam penulisan laporan secara
manual. Maka penyelidik ingin mengkaji penggunaan aplikasi SCAN n GO secara online dalam menguruskan
laporan harian pengurusan sekolah di SJK(T) Sepang. Penggunaan aplikasi SCAN n GO dapat mengurangakan
beban tugas dan mengurangkan penggunaan kertas bagi mengisi buku laporan selaras dengan dasar tranformasi
digital sekolah. Seramai 18 orang guru telah menyertai dalam kajian ini. Guru dapat merekodkan semua data dan
maklumat pengurusan hanya dengan satu imbasan terhadap “QR CODE” yang disediakan dan memilih pilihan
mengikut kategori. Guru-guru dapat mengisi segala data pengurusan sekolah dengan hanya menggunakan telefon
pintar dan peranti komputer dimana sahaja mereka berada. Setelah mengisi borang melalui SCAN n GO guru akan
menerima notifikasi dan salinan laporan tentang pengisiannya melalui email ‘Google Classroom’. Ia akan
menjimatkan kos dan masa untuk analisis dapatan data dalam pengurusan sekolah. Selain itu, guru juga boleh
mengakses SCAN n GO melalui QR Barcode yang disediakan oleh penyelidik di mana-mana pun. Dengan ini
tugasan guru sekolah akan menjadi lebih mudah untuk mengakses SCAN n GO di mana sahaja mereka berada dan
dapat mengakses dengan mudah serta mengisi laporanharian sekolah secara sistematik dan lebih efisen. Dengan
adanya aplikasi ini guru-guru tak perlu cetak, tak perlu risau tentang kehilangan data laporan sekolah ini kerana
aplikasi ini menggunakan Google Drive (‘cloud base storage’) sepenuhnya. Guru Besar dan barisan pentadbir
sekolah sentiasa memantau pelaporan pengurusan sekolah ini secara online dengan lebih cepat dan mudah.
Penghasilaan SCAN n GO ini telah dapat membantu mencapai aspirasi sekolah digital dengan jayanya.
Kata Kunci: Google Classroom, Google Form, QR Barcode, SCAN n GO
KC16
JOM BANTU ANAK (JOBA)
2
MOHD SOBRI BIN YUSUF , MOHD ZULKHAIRI BIN UMAR
1
1 Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang, 26600 Pekan Pahang
2 zulkhairiskkp@gmail.com
Kajian ini bertujuan membina Kit Jom Bantu Anak Murid (JOBA) sebagai alat bahan bantu mengajar kepada murid
pemulihan khas dalam meningkatkan penguasaan membaca Bahasa Melayu. Kit JOBA ini mengandungi kad
cantuman perkataan bergambar terdiri daripada konstruk satu hingga empat, papan permainan seperti padang ilmu,
papan target, papan monopoli, permainan ketinting, papan gergasi, trek litar dan sebuah Robotik Sistem (RS) yang
dikendalikan menggunakan telefon pintar guru. Metodologi kajian kuantitatif digunakan melibatkan penggunaaan
instrumen soal selidik terhadap guru pemulihan khas, pemerhatian, senarai semak, analisis dokumen, dan ujian Pra
serta ujian Pos merujuk Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Menulis 2018. Model ADDIE diaplikasi dalam
pembinaan Kit JOBA yang dianalisis berdasarkan tiga faktor, iaitu faktor pembelajaran bahasa, penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) dan keupayaan murid pemulihan khas. Kajian rintis melibatkan 20 orang murid Tahun Satu