Page 31 - BCD ANDROID
P. 31
Kata kunci:R-FB, Sains Tahun 5, grafik menarik, menyeronokkan, kos rendah
KC23
DADU BIMATE (APA): MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA ASAS MATEMATIK
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara, Jalan Tunku Abdul Rahman 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
norazlinrusdin@gmail.com
Penguasaan konsep dan fakta asas bagi operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam
kalangan murid adalah penting. Penguasaan keempat-empat operasi asas dengan baik membolehkan murid
memahami ayat matematik dengan lebih mendalam dan menjadikan mereka penyelesai masalah yang bagus. Dadu
BiMate (APA) merupakan inovasi permainan papan yang dihasilkan untuk membantu meningkatkan tahap
penguasaan dan minat murid terhadap pembelajaran fakta asas matematik. Kajian keberkesanan inovasi ini telah
dijalankan melibatkan 80 orang murid Tahun Tiga. Dapatan ujian pos menunjukkan peningkatan pada tahap
penguasaan murid bagi keempat-empat operasi asas. Sementara itu, hasil soal selidik pula mendapati para
responden bersetuju bahawa inovasi ini telah meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran operasi
asas. Berdasarkan keberkesanan inovasi ini, disarankan agar penggunaannya dapat diperluaskan ke lebih banyak
sekolah diseluruh Malaysia.
KC24
‘UNKNOWN MULDIV CARD’
SHIM SIET MUI , CHIK PATIAH BINTI AHMAD RASHDI , SITI NOORLINAH BTE TIMA ,
1
3
2
5
RICHARD JIMMY , A MOHD SHARUL BIN A MOHD SHARIF , YAW SURANIE@SURIANIE BT ASANG
4
6
Sekolah Kebangsaan Mutiara Kota Kinabalu, Lorong Aman 1, Off Jalan Lintas,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
2
3
4
1 shaneshim1976@gmail.com , patiah.rashdi@gmail.com , ynurlina@gmail.com , dylann7348@gmail.com ,
5 sharulshariff@gmail.com, arianie68@gmail.com .
6
‘Unknown MULDIV Card’ merupakan inovasi untuk membantu murid yang tidak menguasai formula untuk mencari
nilai anu dalam pendaraban dan pembahagian serta mendarab dan membahagi nombor dalam lingkungan 100.
Inovasi ini dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran murid mencari nilai anu yang melibatkan pendaraban dan
pembahagian dalam lingkungan 100 dengan mudah dan tepat. 10 orang murid pemulihan Tahun 5 telah dijadikan
kumpulan sasaran dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan ‘Unknown MULDIV Card’ dalam
kemahiran ini. Tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid ialah melalui pemerhatian,
semakan buku latihan dan Ujian Pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan dalam penggunaan
formula untuk mencari nilai anu dalam pendaraban dan pembahagian, di samping tidak dapat mendarab dan
membahagi nombor dengan tepat. Setelah 3 fasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, analisis
keberkesanan intervensi telah dibuat dengan mengukur min skor perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri
daripada10 item yang mencari nilai anu yang melibatkan pendaraban dan pembahagian dalam lingkungan 100.
Analisis data menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran murid menyelesaikan soalan sebanyak 49% di
dalam Ujian Pos. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keberkesanan‘Unknown MULDIV Card’ yang berinovatif ini
dapat membantu murid meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan minat serta motivasi mencari nilai anu yang
melibatkan pendarabandan pembahagian dalam lingkungan 100. 'Unknown MULDIV Card' ialah set