Page 34 - BCD ANDROID
P. 34
ABBRAILLE merupakan inovasi bahan bantu belajar yang dicipta bagi meningkatkan tahap penguasaan murid bagi
menguasai kod braille asas dan mengenali abjad a hingga z. Responden kajian terdiri daripada 2 orang murid
berkeperluan khas masalah penglihatan 6 PKL Genius dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak dan kedua-
duanya adalah lelaki. Tinjauan awal terhadap responden mendapati murid sukar untuk mengingati kod braille
berserta padanan huruf yang mewakili kod braille. Bagi murid yang mengalami masalah penglihatan, adalah penting
bagi mereka untuk mempelajari huruf dalam kod braille dan juga turut mengenali bentuk huruf bagi tulisan biasa.
Sebelum menggunakan Abbraile iaitu buku yang mengandungi huruf kod braille dan bentuk huruf timbul, murid tiada
sumber rujukan yang mudah untuk digunakan Ketika berada dalam kelas. Jika menggunakan nota tulisan biasa agak
sukar bagi murid berkeperluan khas masalah pengilhatan untuk membaca kod braille. Abbraille yang
menggabungkan dua penggunaan huruf dalam satu buku ini telah membantu murid membaca atau menyentuh huruf
timbul serta kod braille. Murid juga dapat mengenal pasti kedudukan titik kod braille dengan lebih tepat kerana setiap
huruf bagi kod braille adalah berlainan bagi setiap satu.
Kata Kunci :Kod Braille, Abjad A hingga Z, Huruf TImbul, Masalah Penglihatan
KC29
‘WHEEL OF COLOURS’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MURID MEMBINA AYAT MUDAHMELALUI
PEMBELAJARAN GRAMMAR DALAM BAHASA INGGERIS
2
SITI ROHAIZALINA BINTI MOHD JALALUDDIN , SITI AISYAH BINTI MOHD RAZALI , NURUL HUSNA BINTI
1
4
MOHD KHAIRUL AMIR , AHMAD AMIR ZAHIN BIN MOHD SHAIPULKHAHAR
3
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, 21060 Kuala Nerus, Terengganu.
1 zalinadean5260@gmail.com
Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia dan bahasa kedua dikebanyakan negara.
Kesedaran terhadap pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, maka kajian tindakan ini
adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan asas grammar. Kebanyakan murid kurang jelas terhadap
penulisan ayat mudah bahasa Inggeris dengan betul. Wheel of Colours diperkenalkan dalam asas grammar Verb to
Be dan secara tidak langsung melibatkan penggunaan Adjectives berdasarkan Sukatan Pelajaran Tahun 5. Wheel of
Colours membantu murid menyelesaikan masalah asas grammar dengan menggunakan teknik pusingan roda.
Wheel of Colours dibahagikan kepada dua iaitu Verb to Be (singular) dan Verb to Be (plural). Kajian ini melibatkan
sebanyak 18 orang murid dari SK Bukit Wan, Kuala Nerus, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
dan data tersebut diperoleh daripada markah murid berdasarkan kepada ujian pra dan pasca. Hasil dari analisis
tinjauan awal menunjukkan hanya 4 orang (22%) memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat manakala 14
orang (78%) kurang memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat. Selepas diperkenalkan Wheel of Colours,
dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid 16 orang (89%) dapat memahami pembinaan
ayat mudah dengan cepat dan 2 orang (11%) kurang memahami pembinaan ayat mudah. Secara keseluruhan, murid
dapat menguasai pembelajaran grammar dengan lebih baik selepas penggunaan Wheel of Colours. Wheel of
Colours berpotensi dalam menarik minat pelajar selain meningkatkan pencapaian dalam bahasa Inggeris.
Kata kunci : wheel of colours, verb to be, grammar, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
KC30
PEMBANGUNAN REKA BENTUK GARISAN HATI DALAM MENANGANI MURID SEKOLAH RENDAH
MENYELESAIKAN MASALAH TOLAK DAN TAMBAH SEPANJANG PANDEMIK COVID19