Page 38 - BCD ANDROID
P. 38
Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit Pembelajaran ‘JHBB’ iaitu singkatan kepada ‘Juk Hi Blajar Bahasa’ atau ‘Jom
Kita Belajar Bahasa’. Objektif projek inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar bagi memberi pendedahan
pembelajaran trilingual kepada murid Orang Asli Semai Tahun1. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji sehingga
mendorong inovasi dilaksanakan ialah tiadanya bahan bagi menyokong proses pembelajaran murid Orang Asli
Semai terhadap bahasa Semai, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara serentak. Asasnya mudah iaitu
penggunaan bahasa Semai sebagai bahasa utama masyarakat Orang Asli Semai untuk mendedahkan murid kepada
pembelajaran bahasa asing bagi mereka iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Terdapat bukti yang nyata
bahawa inovasi ini mempunyai tahap signifikan yang tinggi dan dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini dapat menyumbang kepada cara
bekerja yang lebih cekap, cepat, tepatdan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kajian juga mendapati inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau
memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang sama atau lebih rendah.
Dapatan kajian turut membuktikan inovasi ini telah berjaya dilaksanakan secara percubaan dan mencapai matlamat
penciptaannya. Projek inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di
sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga. Inovasi ini juga boleh dikomersialkan oleh pihak lain ke
dalam bentuk buku bercetak yang lebih berkualiti dari segi pencetakannya. Inovasi ini dapat melonjakkan martabat
pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana.
Kata Kunci : kit bahan bantu belajar, pembelajaran trilingual, Orang Asli Semai
KC36
INO-B: SUKU KATA BAHASA MELAYU
GOH KOK MING
SJKC Chi Sheng 2, 34140, Rantau Panjang, Perak
Kokming888@pgsm.edu.my
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan
menggunakan aplikasi Ino-B: Suku Kata Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang dipilih adalah berdasarkan model
Kurt Lewin (1946). Seramai 2 orang responden telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada tinjauan awal
yang telah dijalankan, maka pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan murid tahun 1 mengalami masalah
dalam meyebut perkataan KV+KV. Atas kesedaran ini, maka pengkaji menjalankan kajian dan berpendapat bahawa
masalah ini dapat diatasi melalui aplikasi penggunaan Ino-B:Suku Kata Bahasa Melayu. Ino-B: Suku Kata Bahasa
Melayu merupakan sebuah aplikasi pintar yang menggunakan teknik menggabungkan kaedah permainan bahasa
dengan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut bunyi suku kata perkataan.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah pemerhatian secara berstruktur, soal
selidik, rakaman video, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa aplikasi
penggunaan aplikasi Ino-B: Suku Kata Bahasa Melayu berkesan untuk mengatasi masalah subjek dalam menyebut
perkataan KV+KV dengan betul, jelas danlancar. Justeru, pengkaji yakin bahawa aplikasi Ino-B: Suku Kata Bahasa
Melayu perlu diperluas penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut perkataan.
Kata Kunci : Suku Kata, Bahasa Melayu, Ino-B, Tahun 1
KC37