Page 39 - BCD ANDROID
P. 39
INOVASI JABAT: BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
RINGKAS MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 3
MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY
SK Pos Musoh LZ, Peti Surat 51,35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan
asnawizone91@gmail.com
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan inovasi JABAT iaitu singkatan kepada
‘Jadual Bina Ayat’ sebagai bahan bantu belajar bagi meningkatkan kemahiran membina ayat ringkas murid Orang
Asli Semai Tahun 3. Murid ini masih lemah dalam kemahiran membina ayat ringkas ini walaupun sudah di Tahun 3.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian, borang soal selidik, borang pemerhatian, skedul temu
bual dan catatan jurnal. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian gabungan yang melibatkan dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan seramai 12 orang murid tahun tiga di SK Pos MusohLZ. Data hasil kajian
telah dianalisis dengan semakan pada catatan jurnal. Keputusan kajian menunjukkan keberkesanan inovasi dalam
membantu proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid. Inovasi ini dapat membantu melonjakkan martabat
pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana.
Kata Kunci : bahan bantu belajar, kemahiran membina ayat ringkas, Orang Asli Semai
KC38
TOUCH SQUARE
NUR BADRUL BARIQI BIN IBRAHIM
Sekolah Kebangsaan Taman Kepong, Jalan Kelicap, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur
bariqi_ex5Adil1@yahoo.com
‘Touch Square’ merupakan satu inovasi yang berbentuk bahan bantu mengajar (BBM) dengan
mengimplementasikan aktiviti ‘hands-on’. Inovasi ini bertujuan untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun
empat Alpha dalam topik tuas. Hasil tinjauan awal yang telah saya lakukan menunjukkan bahawa murid mengalami
miskonsepsi yang nyata tentang konsep tuas di mana murid tidak boleh membezakan kedudukan yang betul dan
tepat bagi fulkrum, beban dan daya. Pelaksanaan inovasi ini melibatkan murid tahun empat di sekolah saya.
Keberkesanan dan penilaian inovasi telah dilaksanakan dengan pengumpulan data melalui temu bual separa
berstruktur. Hasil temu bual yang dilakukan secara rawak ke atas tiga orang murid menunjukkan mereka bersetuju
100% dengan penggunaan inovasi ‘touch square’ dapat membantu masalah miskonsepsi mereka untuk mengingati
konsep tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah‘touch
square’ merupakan satu kaedah baru yang dapat membantu murid-murid mempelajari topik tuas dengan lebih
seronok dan dapat memahami fakta Sains secara‘meaningful learning’.
Kata kunci: miskonsepsi, kaedah ‘touch square’, tuas
KC39
SPIN – SING – SKETCH: SCIENCE IS AWESOME
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Sekolah Kebangsaan Mutiara, Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010, Ipoh, Perak,
norazlinrusdin@gmail.com