Page 43 - BCD ANDROID
P. 43
Kumpulan e-RIMAU telah membina satu sistem yang dinamakan DASHBOARD PBD. Projek ini merupakan satu
usaha untuk memberi kemudahan kepada semua guru di sekolah ini untuk merekod Tahap Pencapaian (TP) murid
berdasarkan pertimbangan professional guru dalam penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD telah lama
diperkenalkan sejak tahun2011. Setelah UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, pereko dan PBD dilihat semakin
penting dan perlukan sistem yang cepat, mudah dan juga tidak memerlukan banyak kos. Dashboard PBD merupakan
gabungan aplikasi data studio dan google sheet. Banyak pihak yang dapat menerima manfaat hasil pembinaan
Dashboard PBD ini. Guru matapelajaran, guru kelas, Ketua Panitia, Penyelaras PBD, para pentadbir dan juga ahli
jawatankuasa jaminan kualiti PBS sekolah. Semua analisa matapelajaran mengikut kelas, tahun, matapelajaran
malah mengikut Tahap Penguasaan (TP) dapat diperolehi dengan mudah. Hasil daripada penghasilan projek ini
telah memberi kelegaan kepada semua guru. Beban tugas guru semakin berkurang dan dapat menjimatkan banyak
masa. Semua data dapat diperolehi dengan mudah umpama “one stop center”. Penyelaras PBD tidak perlu lagi
bersusah payah untuk membuat analisa PBD sekolah untuk diserahkan kepada pihak atasan. Kejayaan projek ini
juga memberi kesan jangka panjang dalam dunia pendidikan dimana ia telah melahirkan sekumpulan guru yang
dapat bersaing hebat dalam bidang teknologi maklumat walaupun tiada asas dalam bidang tersebut. Projek ini juga
berjaya disebarluaskan dimana terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang berminat menghasilkan aplikasi
yang sama untuk menambahbaik proses perekodan sekolah masing-masing. Mereka telah mendapatkan khidmat
bantu kumpulan kami dalam melaksanakan projek seperti ini. Semoga usaha kecil ini mendapat impak besar dalam
dunia pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: data studio, google sheet, dashboard, analisa matapelajaran
KC45
E-TASMIK
1
2
3
NARIMA ABD WAHAB , BADRUL HISYAM MOHD YUSOF , RAJA FIRDAUS RAJA SULAIMAN , EZAHNITA
4
ILIAS
SK Bukit Rimau, No 11, Persiaran Sg Selangor, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
1 narima.abdwahab@gmail.com
Kumpulan e-RIMAU telah membina satu sistem yang dinamakan e-TASMIK. Sistem ini memberi kemudahan kepada
semua guru Pendidikan Islam (GPI) SK Bukit Rimau untukmerekod data bacaan mengaji ketika kelas tasmik. Kelas
tasmik ini merupakan modul khatam Quran yang mana mensasarkan murid khatam al Quran sebelum atau ketika
berada di tahun 6. Masalah berlaku apabila guru tidak menggunakan kaedah yang seragam untuk merekod bacaan
murid. Ada yang catat di dalam kertas, buku catatan, fail dan sebagainya.Guru perlu membuat laporan pencapaian
khatam quran murid setiap bulan Jun dan Oktober. Kadang kala catatan mengaji murid yang disimpan hilang. Sistem
e-Tasmik ini merupakan satu kaedah sistematik untuk merekod data bacaaan murid dengan menggunakan telefon
pintar Sistem ini merupakan gabungan aplikasi App sheet dan data studio. GPI menerima manfaat hasil pembinaan
sistem e-Tasmik ini. Beban tugas guru semakin berkurang dan dapat menjimatkan banyak masa. Semua data dapat
diperolehi dengan. Penyelaras dapat melihat rekod bacaan setiap kelas dan setiap tahun. Sistem ini juga dapat
menjimatkan wang kerana tidak perlu lagi menggunakan kertas, buku atau fail untuk merekod data bacaan mengaji
murid. Kejayaan sistem ini juga memberi kesan jangka panjang dalam dunia pendidikan dimana ia telah melahirkan
sekumpulan guru yang dapat bersaing hebat dalam bidang teknologi maklumat walaupun tiada asas dalam bidang
tersebut. Sistem iniberjaya disebarluaskan dimana terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang berminat
menghasilkan aplikasi yang sama untuk menambahbaik proses perekodan sekolah masing-masing. Mereka telah