Page 46 - BCD ANDROID
P. 46

Berdasarkan penelitian terhadap kemahiran bahasa, majoriti murid tahap dua masih belum menguasai kemahiran
               membina  ayat  yang  lengkap  dan  gramatis.  Kesalahan  yang  lazimnya  berlaku  dalam  kalangan  murid  adalah
               pembinaan ayat yang tergantung dan tidak gramatis, pemilihan perkataan yang tidak menepati konsep grafik serta
               kesalahan  penggunaan  tatabahasa.  Inovasi  ‘SADIM’  memperlihatkan  gabungan  akronim  SALAK  (Siapa,  Aktiviti,
               Lokasi,  Alat, Keterangan) dan DIMSUm (di, menggunakan, supaya, untuk, matikan ayat dengan noktah) sebagai
               satu formula yang dapat memudahkan murid membina ayat yang gramatis dan berstandard cemerlang berdasarkan
               gambar tunggal. SADIM merupakan inisiatif berkesan untuk meminimakan kesalahan tatabahasa dalam penulisan
               ayat  murid  sekaligus  merangsang  kognitif  murid  secara  optimum.  Pada  masa  yang  sama,  inovasi  ini  dapat
               menggalakkan  penglibatan  aktif  murid  dalam  aktivitiPengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  (PdPR).  Inovasi  ini
               diadaptasi  daripada  kajian  A.  Rahman  Haron  (2012),  ‘Teknik  SALAK  dalam Menjana Idea  Membina  Ayat  dengan
               Cepatdan  Efektif’  dengan mengambil  kira  proses  pemurnian  ayat yang  kurang  diberikanperhatian  oleh  guru-  guru
               Bahasa  Melayu.  Sehubungan  itu,  inovasi  SADIM  sememangnya  selari  dengan  teori-teori  pembelajaran  kerana
               sifatnya  yang  fleksibel,  melibatkan  sifar  kos  penghasilan  dan  mesra  pengguna  sebagai  alat  latih  tubi  untuk
               membudayakan  pembelajaran  secara  akses  kendiri.  Malah,  teknik  ini  berupaya  melatih  pemikiran  muriduntuk
               mengorganisasi maklumat secara kritis dan sistematik.

               KC50
                                                      SMART WHEELBOX

                                               1
                                                                                           3
                                                                 2
                  MOHAMMAD ARIF BIN AB SAMAT , ALIAS BIN BAKAR , NOORHAYATI BINTI ISMAIL , NURUL NATRAH
                                                      5
                                                                                            6
                           4
                BINTI AZIZAN , NURAZLAN SHAH BIN RAMLI , FARAH WAHIDA BINTI MOHAMAD ZAHIR , NUR FARAH ANIS
                                                        BT MAT RAWI
                                                                    7
                                  SK Kurong Hitam,06300 , Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
                                                      1 arifskkh@gmail.com

               Murid-murid  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  (PPKI)  SK  Kurong  Hitam  menunjukkan  tahap  pencapaian  yang
               kurang memberangsangkan  di  dalam menguasai  kemahiran membaca  dan menulis  suku kata.  Hasil  pemerhatian
               menunjukkan  bahawa  mereka  kurang  bersemangat  dan  mudah  lupa  perkara  yang  diajar.  Oleh  itu  guru  perlu
               membuat  satu  kaedah  dan  intervensi  bagi  membantu  murid-murid  ini.  Kaedah  yang  dihasilkan  adalah  selaras
               dengan  konsep  pendidikan  bagi murid  berkeperluan  khas  (MBK) iaitu  belajar sambil  bermain.  Bagi  MBK bermain
               adalah  dunia  mereka  dan  ini  perlu  diterapkan  didalam  aktiviti  pembelajaran  dan  pengajaran  mereka.  Dengan  ini
               tercetus idea untuk menghasilkan satu inovasi yang diberi nama Smart Wheelbox dimana objektifnya adalah untuk
               membantu MBK belajar mengeja, membaca suku kata , membina ayat dan membuat latihan secara interaktif dengan
               menggunakan konsep didik hibur. Dengan menggunakan inovasi ini MBK lebih berminat untuk belajar dan proses
               pembelajaran  menjadi  lebih  mudah.  Penggunaan  bahan  yang  berwarna-warni  ,  mudah  digunakan  serta  menarik
               minat murid menjadikan  pembelajaran  di dalam  kelas lebih menyeronokkan sejajar  dengan  konsep  pembelajaran
               abad ke  21.  Mengikut teori  pembelajaran  kognitif  dan  konstruktif,  guru  perlu  bersedia  dengan  bahan  bahan  yang
               dapat merangsang minda dan minat murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang dijalankan. Guru juga
               adalah sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajarannya. Kaedah pembelajaran
               secarak  operatif  dan  kolaboratif  sangat  efektif  untuk  digunakan  didalam  pengajaran  dan  pembelajaran  terutama
               melibatkan  murid  berkeperluan  khas.  Inovasi  Smart  Wheelbox  ini  juga  berpotensi  untuk  dikomersialkan  sebagai
               bahan bantu mengajar dan usaha kearah itu telah bermula secara berperingkat dimana ia adalah permulaan awal
               untuk menyebar luas kepada sekolah dan institusi Pendidikan yang lain.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51