Page 51 - BCD ANDROID
P. 51
menyeronokkan. Kebolehgunaan robot ini adalah sangat mesra pengguna dan selamat untuk murid
menggunakannya, ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana serta keberkesanan kos yang rendah. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian murid-murid prasekolah meningkat dengan ketara terutamanya dalam
operasi nombor berfokuskan konsep tambah dan tolak. Robot ini juga, mampu menarik minat murid untuk hadir
setiap hari ke sekolah tanpa gagal. Konsep pendekatan belajar sambil bermain dalam suasana yang bebas, selamat
dan berpusatkan murid dapat menarik minat mereka untuk belajar matematik dengan bermakna dan gembira. Robot
ini juga telah membantu murid prasekolah memahami Matematik Awal prasekolah dengan cepat berbanding dengan
cara dan penggunaan alat bantu mengajar yangbiasa digunakan di dalam kelas seperti batu, guli, batang aiskrim dan
lain-lain. Dengan ini, penjimatan waktu dan hari dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Konsep pendekatan
visualdinamik yang dipaparkan oleh robot ini merupakan teknik pembelajaran yang mampumengaktifkan dan
melibatkan kesemua deria murid.I ROMATH 2020 juga boleh disebarluaskan untuk murid-murid lain seperti murid
berkeperluan khas (MBK), murid pemulihan, murid pra sekolah KPM dan tadika swasta serta murid tahap 1 iaitu
tahun 1 hingga 3.m
Kata kunci: Matematik, prasekolah, inovasi, belajar melalui bermain, operasi tambah dan tolak
KC58
SOW-KIT(SHADOWS ON THE WALL-KIT)
2
1
SARIMAH BINTI ABDULLAH , AZIANI BINTI MOHAMAD
1 SK Sentosa, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar Perak
2
1 Sarimahabdullah74@gmail.com, Chuain2724@gmail.com
Cahaya adalah topik yang sangat penting dalam Tema Sains Fizikal Tahun 2 dan Tahun 4. Namun, murid
menghadapi masalah dalam memahami konsep Kejelasan, saiz bayang-bayang dan bentuk bayang-bayang yang
terhasil. Murid juga menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati saiz bayang-bayang yang bergantung
kepada jarak objek dari sumber cahaya dan jarak objek dari skrin. Manakala bentuk bayang-bayang bergantung
pada orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya. Bagi murid tahap 1, iaitu Tahun 2, pemahaman konsep
kejelasan bayang-bayang yang kukuh, memudahkan mereka untuk mendalami topik bayang-bayang semasa di
Tahun 5. Di samping itu, pemasangan kelengkapan untuk melakukan ekperimen mengambil masa dan sukar
dilakukan di luar bilik sains kerana peralatan yang tidak mencukupi. Melalui permasalahan yang dikenalpasti maka
terhasil lah SOW-KIT. Inovasi SOW-Kit dihasilkan adalah untuk meningkatan pemahaman murid tentang bayang-
bayang yang terhasil dalam pelbagai saiz, bentuk dankejelasan dengan mudah, cepat dan menarik. Metodologi
Kajian yang digunakan adalah melalui temu bual bersama guru-guru, murid-murid dan hasil kerja murid. Kajian soal
selidik telah dijalankan untuk melihat pemahaman dan minat murid terhadap tajuk pembentukan bayang-bayang.
Murid menunjukkan minat dan seronok menggunakan SOW-Kit dalam proses pembelajaran. Manakala, guru lebih
mudah untuk menerangkan konsep pembentukan bayang-bayang melalui aktiviti hands on. SOW-Kit juga mudah
dibawa ke dalam kelas kerana ianya ringan dan saiz yang sesuai untuk kendalikan oleh murid tahap 1dan tahap 2.
Kata Kunci : Kejayaan Hasil dari Usaha
KC59
TOPTAMTO(TANGGA OPERASI TAMBAH TOLAK)
NOORASMAHHAYATI BINTI SAMAT
SK Merpati Jepang, Jalan Patinggi Ali,93400, KUCHING,SARAWAK.