Page 48 - BCD ANDROID
P. 48
psikomotor dan ditambah nilai kepada aplikasi telefon pintar yang seiring dengan konsep pendidikan abad ke-21 dan
pembelajaran akses kendiri agar bersesuaian dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sampel kajian terdiri daripada 17 orang murid tahun 4 hingga 6. Data dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif yang
terdiri daripada ujian pra,ujian pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Dapatan analisis ujian telah berjaya
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca (70.59%, min 17.65) berbanding ujian pra(34.12%,
min 8.53). Analisis rekod Tahap Penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah juga mencatatkan peningkatan
penguasaan murid manakala soal selidik pula menunjukkan pengurangan peratus persepsi permasalahan murid iaitu
daripada 94.12% kepada 0%.Keputusan ini membuktikan penggunaan alat inovasi EZ-KKA ini amat signifikan dan
berkesan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan autobiografi dengan mudah serta
secara tidak langsung dapat menjimatkan masa, menjimatkan kos dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
PdP BM dalam konteks bahasa kedua khasnya diSJK. Oleh itu, selepas melepasi fasa percubaan apabila diuji
keberkesanan prototaip, EZ-KKAtelah mula digunakan sepenuhnya untuk membantu murid dan guru tidak kiralah
secara PdPbersemuka di bilik darjah mahupun PdPR.
Kata Kunci : karangan, autobiografi, didik hibur, aplikasi telefon pintar, Bahasa Melayu
KC53
PEMBANGUNAN MODUL ‘JOMSGAC’ BAGI TAJUK PECAHAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
SARAVANAN A/L MUNUSAMY
Sekolah Kebangsaan St. Anne’s Convent,
Persiaran Raja Muda Musa, Taman Mohd Yamin, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
m.saravanan158@gmail.com
Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini telah membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara dimana
wujudnya strukur pembelajaran yang baharu iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bahan bantu
mengajar (BBM) digital merupakan tunjang kepada PdPR yang bersifat pembelajaran digital. Namun, masih terdapat
pendidik yang menggunakan BBM yang kurang efektif sehingga gagal menarik perhatian dan minat murid dalam
pelaksanaan PdPR Matematik. Maka, langkah untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan membangunkan Modul
‘JOMSGac’ iaitu modul pembelajaran digital untuk subjek Matematik bagi tajuk pecahan, Tahun 2. Model Reka
Bentuk Hannafin Peck digunakan untuk menghasilkan modul ini dengan pengintegrasian perisian eXe, Jamboard,
Openboard, Mentimeter, Spiral, Wordwall,Quizwhizzer dan Google Classroom. Elemen-elemen mutimedia seperti
teks, animasi, grafik, audio dan videodi masukkan dalam modul untuk menjadikannya lebih menarik dan mesra
pengguna. Lima Teras bagi Profisiensi Matematik diterapkan melalui cerita ‘Kembara Membeli Hadiah Winnie’ yang
berkonsep didik hibur untuk menerangkan cara penyelesaian masalah. Seramai empat orang guru telah dipilih
sebagai responden untuk kajian rintis. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian rintis.
Keputusan analisis data kajian rintis menjelaskan kualiti penggunaan modul ini sebagai BBM digital dalam
penguasaan kemahiran membandingkan nilai dua pecahan wajar adalah sangat berkesan. Hal ini membuktikan
bahawa modul ini lebih sesuai dalam pelaksanaan PdPR secara atas talian mahupun luar talian. Aplikasi modul
‘JOMSGac’ dalam ‘Android’ dan ‘IOS’ membolehkan murid mengakses modul tersebut pada bila-bila masa. Modul ini
turut menggalakkan murid untuk menguasai kemahiran pembelajaran abad ke-21. Hasil kajian rintis disarankan agar
guru dapat mengaplikasikan modul ini untuk melaksanakan PdPR Matematik yang berkesan dan lebih
menyeronokkan.