Page 52 - BCD ANDROID
P. 52

g-34285591@moe-dl.edu.my, mssimplemind@gmail.com

               Konsep  tambah  dan  tolak  merupakan  kemahiran  asas  yang  penting  dalam  mata  pelajaran  Matematik  dan  perlu
               dikuasai  oleh  semua murid  sejak di sekolah rendah.  Namun  begitu murid  sering menghadapi masalah  dan tidak
               memahami  bagaimana  proses  penambahan  dan  penolakan  berlaku  terutamanya  yang  melibatkan  proses
               pengumpulan semula dan nilai tempat. Justeru itu, TomTamTo dihasilkan untuk membantu meningkatkan kemahiran
               matematik dibawah subtopik operasi nombor untuk murid tahun 1.  Murid-murid tahun 1 kebanyakannya sukar untuk
               memahami  konsep  operasi  nombor  bagi  konsep  tambah  dan  tolak.  TopTamto  terbukti  dapat  meningkatkan
               pencapaian murid-murid tahun 1 dalam operasi nombor. Responden melibatkan murid tahun 1 dan murid tahun 2 SK
               Merpati Jepang, Kuching, Sarawak. Instrumen kajian meliputi pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pasca. Hasil
               analisis data statistik mendapati bahawa hampir ke semua responden menunjukkan peningkatan markah yang amat
               memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan TopTamTo ini sangat berkesan dalam membantu murid
               memahami dan menyelesaikan soalan tambah dan tolak dan sekaligus menanam minat serta keyakinan murid dalam
               mempelajari  mata  pelajaran  Matematik.  TomTamto  dihasilkan  dalam  dua  versi  iaitu  versi  asas  dan  versi  kombo.
               Versi  kombo  disertakan  dengan  set  permainan  dan  pendekatan  belajar  melalui  bermain  ini  mendatangkan  rasa
               keseronokan dan kepuasan kepada murid-murid dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam
               kelas. Paparan nombor, gambar dan butang yang berwarna pada kad TopTamto mampu menarik minat murid-murid
               untuk mempelajari matematik dengan lebih efektif dan berkesan serta mampu mengaktifkan deria murid seperti deria
               penglihatan dan deria sentuhan. Toptamto mudah dikendalikan, mesra pengguna dan dapat menyelesaikan masalah
               Operasi  Nombor  dengan  singkat  dan tepat.  Malah  boleh  dijadikan  alat  rujukan  untuk menyemak jawapandengan
               betul. Kos penghasilan inovasi ini yang sangat murah, tidak membebankan dan boleh dimiliki oleh semua pengguna.
               Sesuai untuk semua peringkat sekolah rendah, pra sekolah dan pemulihan khas. Selain itu, penghasilan inovasi ini
               sejajar  dengan  peningkatan  keberkesanan  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  subjek  Matematik
               Tahun 1 dalam bidang pembelajaran Nombor dan Operasi. Aplikasi KBAT dalam PdP dapat dipraktikkan semasa
               menggunakan inovasi seterusnya akan mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21.

               KC60
                                                           EZ-FLIP

                                                                                                    3
                 ROZZIANA BINTI MOHAMAD SOM , ROZIAWATY BINTI MOHAD SAYUTY , ZULIZA BINTIZAKARIA , MOHD
                                                                               2
                                              1
                                                                        4
                                                    AZUAN BIN ABDOLLAH
                                          SK Pos DipangSK, Sahom, 31920 Kampar, Perak
                                                   2
                             1 msrozziana@gmail.com ,  g12178784@moe-dl.edu.my ,  Cikgu.achu@gmail.com
                                                                            3

               Pengajaran  berkonsepkan  kepada  aktiviti  konkrit  amat  penting  bagi  memudahkan  kefahaman  murid  memahami
               sesuatu  konsep  asas  Matematik.  Namun demikian, kekangan  dalam menguruskan  bahan mengajar  yang  banyak
               serta  kekangan  masa  dalam  penyediaan  bahan  telah  menjadikan  ianya  isu  besar  bagi  melaksanakan  aktiviti  ini.
               Justeru  itu,  inovasi  EZ-Flip  dihasilkan  bagi  menambahbaik  bahan  bantu  mengajar  yang  sedia  ada  agar  dapat
               digunakan secara optimum. Diilhamkan dari konsep asal Ten-Frame dimana ianya telah diolah menjadi satu papan
               yang diikat bersama 10 bulatan leper (berwarna hitam dan putih) yang boleh dipusingkan berfungsi sebagai bahan
               pengiraan tanpa perlu menyediakan bahan sampingan seperti chip, gulidan sebagainya. Inovasi ini digunakan dalam
               menerangkan  konsep  asas mengira  dan memperkenalkan operasi  asas  Matematik  iaitu  tambah  dan  tolak  (dalam
               lingkungan  10)  dengan mudah  dan  pantas.  Ia  sememangnya membantu dalam pengurusan bahan  pembelajaran
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57