Page 56 - BCD ANDROID
P. 56

Kemahiran  Proses  Sains  khususnya  mengawal  pembolehubah  yang  dinyatakan  dalam  buku  teks  dan  sumber-
               sumber rujukan lain.  Kaedah ini mudah dan praktikal digunakan kerana dengan hanya menggunakan anggota badan
               murid dan diberikan bergerak balas (PB) serta menulis jawapan pada ruang yang disediakan dengan betul.  Sebagai
               nilai  tambah  kepada  peolehan  markah  murid  menggunakan  kaedah  ini,  murid  akan  dibimbing  lebih  lanjut  untuk
               mengenalpasti  pembolehubah  kaedah  penggunaan  yang  betul,  murid  akan  dapat  mengenalpasti  pembolehubah
               dimanipulasi (PM) dan pembolehubah dimalarkan serta menjawab soalan-soalan lain yang berkaitan pembolehubah
               seperti  membuat  hipotesis  dan  mentafsir  data  agar  impak  perolehan  markah  murid  akan  lebih  maksimum  dan
               cemerlang.


               KC67

                  KEBERKESANAN “KIT PERMAINAN JOM CARI SAYA” UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
                          DALAM MEMBACA DAN MEMAHAMI PERKATAAN KV KV BAGI MURID PEMULIHAN

                                                    PRIYA A/P RAJENDRAN
                                           SJKT Labis, Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor
                                                 priyarajendrans1589@yahoo.com

               “Kit  Permainan  Jom  Cari  Saya”merupakan  sebuah  Kit  Permainan  yang  boleh  digunakan  dalam  pengajaran  dan
               pembelajaran  kemahiran  pemulihan5  KVKV.  Kit  ini  mengandungi  papan  permainan,  kad  bulat  bergambar,  kad
               perkataan, kad gambar, white board, marker, peraturan-peraturan permainan dan reward book. “Kit PermainanJom
               Cari  Saya”  dihasilkan  untuk  meningkatkan  penguasaan  murid  dalam  kemahiran  membaca  dan  memahami  sera
               menulis perkataan KVKV. Kit ini juga digunakan untuk melatih murid mengingati perkataan KVKV yang telah diajar
               oleh  guru.  Selain  itu,  kit  ini  juga  dapat  menarik  minat  murid  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Murid  akan
               menumpukan  perhatian  yang  lebih  mendalam  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kerana  Kit  permainan  ini
               mempunyai  elemen  didik  hibur.  Satu  kajian  dijalankan  ke  atas  4  murid  pemulihan    SJKT  Labis  untuk  mengaji
               keberkesanaan Kit Permainan Jom Cari Saya ini. Sebelum inovasi ini diaplikasikan murid-murid yang terlibat dalam
               kajian ini telah mengikuti pembelajaran tanpa menggunakan Kit Permainan Jom Cari Saya dan diberikan ujian PRA.
               Selepas itu, pengajaran dan pembelajaran  Kemahiran 5 iaitu Perktaan KVKV dijalankan . Seterusnya mereka diberi
               ujian  Pasca.  Keputusan  Skor  ujian  Pra  dan  ujian  Pasca  digunakan  untuk  menentukan  tahap  penguasaan  murid
               dalam kemahiran 5 iaitu perkataan KVKV sebelum dan selepas Kit permainan Jom Cari Saya digunakan.Prestasi
               (skor)  murid  dalam  ujian  PRA  dan  ujian  PASCA  dianalisis  dalam  bentuk  peratus  (gred)  dan  min.  Dapatan
               menunjukkan  prestasi  (skor)  murid  meningkat  selepas  menggunakan  Kit  Permainan  ini.  Ia  ditunjukkan  dengan
               peningkatan peratus lulus dari 7.5 % kepada 80% dan peningkatan peratus cemerlang dari 0% kepada 100%. KATA
               KUNCI : Kit Permainan Jom Cari Saya, Ujian Pra, Ujin Pasca.
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61