Page 54 - BCD ANDROID
P. 54
Kit Pemulihan Konsep Sains (Kit PeKOS) merupakan satu inovasi produk yangdibangunkan dengan tujuan untuk
menyediakan alat alternatif yang boleh digunakan oleh murid dengan aras kognitif paling rendah dalam memahami
konsep sains berdasarkan tajuk-tajuk dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains tahun 3
hingga tahun 5. Inovasi ini merupakan inovasi pertamakalinya diketengahkan dalam kalangan murid Orang Asli suku
Jahai di SK SungaiTiang, hutan Royal Belum, Gerik, Perak yang merupakan sekolah pedalaman tahap dua. Inovasi
ini mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut; 1) kad perkataan dengan suku kata berwarna dan tapak
pengetahuan berwarna dengan penggunaan velcro dot transparent; membolehkan kedua-duanya dilekat-tanggalkan
bagi menjamin ketahanan produk untuk kegunaan yang lebih lama; 2) kos pembinaan yang murah; 3) kaedah
penyimpanan yang lebih efisien; 4) boleh digunakan untuk tujuan pentaksiran bilik darjah; dan 5) boleh digunakan
oleh guru ganti ketika guru sains tidak dapat hadir ke sekolah. Kit PeKOS telah digunakan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan di rumah (PdPR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan dalam suasana pandemik COVID-19.
Menerusi pelaksanaan kit, murid menunjukkanpeningkatan dalam ujian pra-pos pengetahuan saintifik yang telah
ditadbir. Kesimpulannya, Kit PeKOS yang dibangunkan berupaya meningkatkan pengetahuan saintifik murid secara
signifikan.
KC63
PirSir
2
3
DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK , MD NOR FADZLI BIN MD ZAKI , MOHD AZIZUAN ABDULLAH, PhD
1
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Peti Surat 297 89108, Kota Marudu Sabah
3 azizuanabdullah73@gmail.com
PirSir merupakan kaedah memperkenalkan murid mengenai konsep asas sifir menggunakan bentuk piramid.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menjawab soalan darab mudah hanya melalui hafalan jika
mereka tidak memahami konsep mendapatkan hasil jawapan darab tersebut. Kelemahan ini akan mempengaruhi
murid untuk menjawab soalan peperiksaan serta sukar menguasai topik-topik lain yang melibatkan darab seperti
pecahan, perpuluhan, peratusan, wang dan sabagainya. Kaedah PirSir diperkenalkan untuk mengatasi masalah
tersebut melalui langkah pengiraan bagi mendapatkan jawapan hasil darab mudah. Sasaran utama Kaedah PirSir
ialah murid-murid tahap1 khususnya murid-murid Pemulihan Khas. Melalui kaedah ini, murid akan dibimbing
menggunakan konsep tambah berulang untuk mendapatkan jawapan darab mudah. Konsep tambah berulang akan
ditunjukkan melalui kaedah murid akan melukis objek dan menulis nombor di dalam pyramid untuk mendapatkan
hasildarab tersebut. Murid akan dibimbingmenggunakan nombor kecil dari puncak pyramid sehingga nombor yang
besar ketapak piramid. Nilai tambah kaedah ini ialah murid juga akan mendapat latihan pengukuhan konsep turutan
nombor.
KC64
SUVANG SAKAMI 3.0
2
3
DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK , SALIAH BINTI MASALIN , MOHD AZIZUAN ABDULLAH, PhD , SITI
1
6
4
5
YUSMINAH SRI BINTI YUNUS , MAZRIN BINTI YUBUNG , MAKRIN BIN SUDI
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu,Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah.
3 azizuanabdullah73@gmail.com