Page 57 - BCD ANDROID
P. 57

Abstrak Kategori D : Pelajar Sekolah Menengah

               D01:
                                                       CATUR INDEKS

                                                     1
                      PUTERI NUR ARYANA BINTI AZMAN , ANGELICA ENCYE PUNGGING , MAXMARRIO MAXLEV
                                                                                 2
                                                                                                      3
                      SMK Langkon, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah
                                                  azizuanabdullah73@gmail.com

               Catur indeks  ialah inovasi  gamifikasi  yang menggunakan  konsep  permainan papan  catur  untuk mengajar hukum-
               hukum asas indeks khususnya kepada para pelajar. Idea inovasi adalah cetusan minda kami sendiri. Hukum indeks
               sememangnya  boleh  diumpamakan  sebagai hal-hal  kecil sahaja.  Namun begitu,  para  pelajar  sering  alpa  bahawa
               setiap  kesalahan  kecil  ini  boleh  menjadi  isu  yang  besar  semasa  menjawab  soalan.  Kami  begitu  optimis  bahawa
               dengan memperbaiki asas operasi, para pelajar akan lebih mudah untuk menjawab soalan berkaitan hukum indeks.
               Catur indeks ini tidak tertumpu sepenuhnya kepada pelajar yang lemah, bahkan kepada mereka yang teringin untuk
               menguasai serta memahami hukum-hukum indeks dengan lebih lanjut.

               D02
                                                MODEL KUMPULAN DARAH ABO

                     AMIRAH SAFIYYAH ASHMAD , KHALEEDA MOHAMAD HAFIZ ,  HANNAH MAISARAH MOHAMED
                                                                          2
                                              1
                                                                                        4
                                    BADRULNIZAM , DAYANG SYIFA’ ABANG MOHAMAD SUBH
                                                 3
                                    Sekolah Seri Puteri, Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, Selangor
                                                  norlizawatybaharin@gmail.com

               ‘Model  Kumpulan  Darah  ABO’  merupakan  inovasi  yang  menumpukan  kepada  aktiviti  ‘hands-on’  dan  pembinaan
               model untuk membantu murid memahami topik kumpulan darah manusia (Topik Sains Tingkatan 3, Bab 3). Bahan ini
               terdiri daripada model empat kumpulan darah bersama antigen dan antibodi 3 dimensi dan rajah penderma-penerima
               darah.  Fokus  inovasi  ini  ialah  kepada  pembelajaran  sains  menggunakan  ‘Model  Kumpulan  Darah  ABO’  untuk
               meningkatkan  kefahaman  murid  terhadap  konsep  antigen,  antibodi,  dan  kesesuaian  kumpulan  darah  untuk
               pendermaandan penerimaan darah. Model ini dibuat menggunakan bahan-bahan ringkas seperti kad manila, kertas
               warna serta tanah liat atau playdoh dan tidak memerlukan kos yang besar. Kaedah ‘Model Kumpulan Darah ABO’
               telah  berjaya meningkatkan  penguasaan topik  kumpulan  darah manusia dalam kalangan murid  serta menjadikan
               pembelajaran lebih aktif.

               KD03
                               MEJA KERJA PELBAGAI FUNGSI UNTUK KEGUNAAN PDPC DAN PDPR.

                                                          1
                                    NORSURIATI BINTI MINA , KAMAL HAZIM BIN HASBULLAH  2
                                   Kolej Vokasional Gerik, Km 4 Jalan Kuala Rui, 33300, Gerik, Perak
                                                   adamzakuan90@gmail.com

               Meja Kerja Pelbagai Fungsi untuk kegunaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di bengkel kimpalan dan di
               rumah  (PdPr)  dan  merupakan  meja  yang  perlu  ada  pada  setiap  bengkel  dalam  melakukan  kerja-kerja  seperti
               demostrasi pemotongan, demonstrasi menebuk lubang serta demostrasi mengimpal untuk tujuan pembelajaran dan
               pemudahcaraan (PdPc) di dalam bengkel dan di rumah (PdPr). Meja kerja yang terdapat di Bengkel Kimpalan Kolej
               Vokasional Gerik ialahmeja kerja mengimpal sahaja. Pelaksanaan projek inovasi ini adalah untuk menambah baik
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62