Page 53 - BCD ANDROID
P. 53

didalam kelas terutamanya pada situasi pengurusan pembelajaran norma baharu dalam pematuhan SOP di dalam
               kelas.  Responden  terdiri  daripada  14  orang  murid  Tahun  1,  SK  PosDipang,  Kampar  yang  merupakan  murid
               keturunan Orang Asli yang majoritinya masih belum menguasai asas pengiraan nombor. Instrumen kajian meliputi
               pemerhatian, temu  bual  dan lembaran kerja yang dilaksanakan  sebagai  ujian  pra  dan  pasca  ujian.  Hasil  analisis
               mendapati  ke  semua  respondan  menunjukkan  minat  dan  peningkatan  markah  prestasi  ujian  (PBD).  Dapatanjuga
               membuktikan bahawa rekreasi matematik ini amat bersesuaian dengan pelaksanaan Kurikulum Program Intervensi
               Khas Murid Orang Asli dan Penan (PIKAP). Sememangnya, EZ-Flip berjaya menjadikan pembelajaran lebih menarik,
               efektif  dan  jumlah  waktu  pengurusan  dan  pengendalian  bahan  bantu  mengajar  dapat  dijimatkan  sekaligus
               meningkatkan motivasi guru untuk lebih yakin dan kreatif dalam pengajaran.
               Kata Kunci :Ten-Frame, EZ-Flip, Asas 10, Norma baharu, BBM

               KC61
                                            KIT SIRATAN MAKANAN BERPERANCAH

                                                                   2
                                              1
                                                                                             3
                   AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI  , AMAT KAMAL SA’ARI  , GEETHA RAMACHANDRAN  , MUSLIYANA
                                                                                          4
                                  SALMA MOHD RADZI MOHAMMED YUSMIE MOHAMMED YUSOFF
                  1 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak, SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing
                                                                                2
                31000 Batu Gajah, Perak, SK Sungai Salleh, Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah, SK Seri Tawai, Jalan
                                                                                           4
                                     3
                                                Gerik Lenggong, 33300 Gerik, Perak
                                                 1 adnan91shukri@edidik.edu.my

               Kit Siratan Makanan  Berperancah (Kit SMB) merupakan satu inovasi produk yang dibangunkan dengan tujuan untuk
               menyediakan alat alternatif yang boleh digunakan oleh murid dengan aras kognitif paling rendah dalam memahami
               konsep  dan  membina  siratan  makanan.  Inovasi  ini  merupakan  inovasi  pertama  kalinya  diketengahkan  dalam
               kalangan  murid  Orang  Asli  suku  Jahai  di  SK  Sungai  Tiang,  hutan  Royal  Belum,  Gerik,  Perak  yang  merupakan
               sekolah  pedalaman  tahap  dua.  Inovasi  ini  mempunyai  beberapa  kebaikan  seperti  berikut;  1)  gambar  haiwan
               berwarna dan tapak habitat dengan penggunaan velcro dot transparent; membolehkan gambar dilekat-tanggalkan
               bagi  menjamin  ketahanan  produk  untuk  kegunaan  yang  lebih  lama;  2)  kad  arahan  yang  memudahkan  murid
               membaca dan mengikutinya kerana terdiri daripada suku kata berwarna; 3) kos pembinaan yang murah; 4) kaedah
               penyimpanan  yang  lebih  efisien;  dan  5)  sangat  ringan.  Kit  SMB  telah  dinilai  oleh  6  orang  pakar  dengan  indeks
               kesahan CVI = 94 yang baik. Ujirintis telah dilaksanakan terhadap murid tahun 5 dan 6 seramai 30 orang dengan
               indeks  kebolehpercayaan,  α  =  89  yang  tinggi.  Selain  itu,  kit  ini  juga  telah  digunakan  dalam  pengajaran  dan
               pemudahcaraan (PdPc)  sebenar terhadap murid tahun 5 dan 6 seramai 34 orang dengan melibatkan penilaian oleh
               Timbalan Ketua Nazir Negeri Perak dan pensyarah sains dari IPG Kampus Ipoh. Menerusi pelaksanaan kit, murid
               menunjukkan peningkatan dalam ujian pra-pos pengetahuan saintifik yang telah ditadbir. Kesimpulannya, Kit Siratan
               Makanan Berperancah yang dibangunkan berupaya meningkatkan pengetahuan saintifik murid secara signifikan.

               KC62
                                            KIT PEMULIHAN KONSEP SAINS (PeKOS)

                                                                   2
                                                                                             3
                                              1
                   AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI  , AMAT KAMAL SA’ARI  , GEETHA RAMACHANDRAN  , MUSLIYANA
                                  SALMA MOHD RADZI MOHAMMED YUSMIE MOHAMMED YUSOFF        4
                                                                                2
                  1 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak, SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing,
                                                                                           4
                31000 Batu Gajah, Perak, SK Sungai Salleh, Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah, SK Seri Tawai, Jalan
                                     3
                                                Gerik Lenggong, 33300 Gerik, Perak
                                                 1 adnan91shukri@edidik.edu.my
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58