Page 49 - BCD ANDROID
P. 49
Kata Kunci : Bahan bantu mengajar (BBM) digital, Modul ‘JOMSGac’, Aplikasi ‘Android’ dan ‘IOS’,Pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR)
KC54
FUNDEMIX LIBRARY BOX
2
1
SITI AZNI BT. RAZALI , MARIYA BT. ARIFFIN @ ARIPIN DANMAIMUNAH BT. ABDUL AZIZ
SK Sentosa, Taman Bandar Baru 31900 Kampar Perak Darul Ridzuan
1 saznir2502@gmail.com
Berikutan masalah pandemik covid yang masih melanda seluruh dunia, aspekpendidikan negara kita juga turut
terjejas.Murid-murid tidak dapat bergerak bebas danpergerakan mereka terhad. Mereka tidak berpeluang untuk
memasuki pusat sumberseperti biasa. Justeru itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu projekBBM
yang dinamakan Fundemix Library Box (FLB).Kotak ini berfungsi sebagai Pusat Sumber Mini Bergerak yang boleh
dipelbagai gunakan.Di mana, ianya terdapat tiga komponen utama di dalam kotak ini iaitu pentas mini(pameran
bertema), pinjaman buku dan literasi maklumat. IQ Nilam dan Roda Soalanjuga diselitkan pada kotak ini.Penggunan
Fundemix Library Box ini juga tidak terhad kepada guru Bahasa Melayu danBahasa Inggeris, ia juga boleh digunakan
ketika waktu NILAM .Malahan ia juga bolehdigunakan oleh guru-guru subjek lain ketika waktu ganti. Berdasarkan
pemerhatian kami,murid-murid tidak dapat pergi ke pusat sumber sekolah dan kami bawakan pusat sumbermini ini
kepada murid sebagai salah satu bentuk hiburan dan selingan ketika waktu pdp.Kelebihan FLB ini, adalah murid
dapat meminjam buku dan dapat melihatpameran bertema yang disediakan mengikut tema. Keputusan pemerhatian
kami, kamidapati murid teruja dan dan memberikan respon yang sangat baik. Seterusnya, ia dapatmeningkatkan
pinjaman buku dan dapat menggalakkan minat murid untuk membaca.Dengan kos yang rendah dalam pembuatan
kotak ini, kami yakin ianya boleh disebarluas penggunaannya kepada sekolah lain.
Kata Kunci :FUNB
KC55
MAGIC MATHS WINDOW
GOH HOOI FONG
SJK (C) Kay Sin, Perkampungan Machang Bubuk, 14020, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
gohfong9898@gmail.com
Penggunaan kaedah lama iaitu bentuk lazim dalam membuat pendaraban antara dua digit menyebabkan murid
mudah menimbul kekeliruan sebab murid dikehendaki melakukan pengumpulan semula sebanyak dua kali. Murid
sering lupa untuk meletakkan nombor sifar pada baris keempat. Hal ini menyebabkan hasil darab tidak dapat diletak
pada nilai tempat yang betul. Selain itu, Murid tidak dapat membuat pendaraban secara mengumpul semula dengan
betul dalam kaedah bentuk lazim. Inovasi “Magic Maths Window” direka bertujuan untuk meningkatkankemahiran
penyelesaian pendaraban antara dua digit dalam kalangan murid yang masih belum menguasai kemahiran
penyelesaian soalan pendaraban antara dua digit. “Magic Maths Window” merupakan intervensi yang sesuai supaya
murid dapat menguasai kemahiran operasi pendaraban antara dua digit dengan dua digit. “Magic Maths Window”
juga merupakan multimedia yang mengandungi banyak unsur seperti grafik, bunyi, teks dan imej yang dapatmenarik
minat murid. Antara tema “Magic Maths Window” adalah komik Doraemon. Inovasi ini menggunakan kaedah peta