Page 50 - BCD ANDROID
P. 50

melalui perisian komputer iaitu  Microsoft Powerpoint. Melalui inovasi ini, murid dapat belajar pendaraban antara dua
               digit tanpa bantuan guru atau ibu bapa. Potensi pengkomersialan inovasi ini sangat tinggi kerana inovasi ini mudah
               didapat.  Pada  masa  pandemik  Covid-19  ini,  kebanyakan  orang  tidak  berani  mengeluarkan  rumah  dan  membeli
               barang di luar, mereka hanya membeli barang secara online untuk keselamatan dan kesihatan diri. “Magic Maths
               Window”  adalah inovasi  yang  boleh  didapat  atau  dibeli  secara  online.  Kosinovasi ini  adalah  RM0.  Hal ini  kerana
               Inovasi ini hanya dihasilkan dalam Microsoft Powerpoint.
               Kata Kunci : pendaraban, multimedia, bentuk lazim

               KC56
                                                     BEHIND THE MIRROR

                                                       GOH HOOI FONG
                                              Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kay Sin
                              Perkampungan Machang Bubuk, 14020, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
                                                    gohfong9898@gmail.com

               “Behind The Mirror” ini merupakan sejenis permainan inovasi iaitu “puzzle” atau dalam bahasa melayu iaitu teka-teki
               dan lebih berfokus kepada kemahiran Matematik dan Sains. Pembelajaran bentuk 3D sangat penting kerana tajuk ini
               merupakan salah satu tajuk daripada mata pelajaran  Matematik dan juga Sains. Tujuan inovasi ini adalah membantu
               murid mengenal bentuk 3D dengan menggunakan kaedah “fun learning”. Puzzle dalam permainan ini membenarkan
               murid  menyemak  jawapan  sendiri  tanpa  melibatkan  guru.  Matlamat  yang  seterusnya  adalah  untuk  mewujudkan
               pembelajaran seronok dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan Sains. Projek ini dinama
               “Behind The Mirror” kerana murid akan melekatkan nama, ciri-ciri atau bentangan mengikut bentuk 3D pada depan
               alat  permainan  ini.    Manakala  murid  dapat  menyemak  jawapan  sendiri  melalui“puzzle”  pada  belakang  alat
               permainan. Kalau gambar pada belakang alat permainan ini disusun dengan betul dan lengkap, maka murid sudah
               menjawab semua soalan dengan betul. Antara kekuatan  “Behind The Mirror” adalah menjadi sebagai satu aktiviti
               pengayaan,  hiburan  atu  permainan  pada  masa  lapang,  menjadi  sebagai  satu  bahan  bantu  mengajar  bagi  guru
               matematik.  Potensi  pengkomersialan  inovasi  ini  sangat  tinggi  kerana  inovasi  ini  mudah  dibawa  ke  mana-mana
               tempat. Inovasi ini juga dapat membantu guru dan ibu bapa menjalankan pengajaran mengenal bentuk 3D.
               Kata Kunci : Bentuk 3D, fun learning, puzzle

               KC57
                                                       I ROMATH 2020

                                                   ADILLAH BINTI MANSOR
                                        SK Seri Ketereh, 16450 Ketereh, Kota Bahru, Kelantan
                                                  adillahmansor2018@gmail.com

               I ROMATH 2020 merupakan sebuah robot interaktif dan efektif yang dicipta untuk menjadi bahan bantu mengajar
               yang dapat menarik minat murid prasekolah yang sukar untuk memahami subjek matematik awal prasekolah. Robot
               ini merupakan satu inovasi yang interaktif bercirikan konsep visual dinamik dengan menggabungkan kepelbagaian
               teori, teknik,  pendekatan  dan kaedah  dalam  pengajaran. Objektif utama  robot  ini  dicipta  adalah untuk membantu
               meningkatkan  kemahiran  Matematik  Awal murid  prasekolah  berfokuskan kepada  penguasaan konsep  tambahdan
               tolak.  I  ROMATH  2020  dicipta  untuk  menjadikan  pembelajaran  dan  pengajaran  di  dalam  kelas  menarik  dan
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55