Page 36 - BCD ANDROID
P. 36

membantu MBK dalam memainkan alat muzik Angklung dan Caklempong dengan baik. Mereka juga mampu untuk
               melakukan persembahan alatan muzik tersebut dikhalayak ramai dengan penuh berkeyakinan.
               Kata Kunci : Kot DIGIT Muzik, Murid Berkeperluan Khas (MBK), alat muzik Angklung dan Caklempong.

               KC32
                                              MODEL KIT BAYANG-BAYANG “KBB”

                                                      ANITA BINTI HARIS
                                      Sekolah Kebangsaan Parit, 32800 Parit, Perak Darul Ridzuan
                                                      titatu71@gmail.com

               Inovasi penggunaan Kit Bayang-Bayang ‘KBB’ ini direka khusus berdasarkan keprihatinan terhadap masalah yang
               dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai tajuk Kesan Putaran Bumi. Dalam tajuk ini murid perlu memahami kesan
               putaran bumi akan menyebabkan kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah dan berlakunya perubahan
               panjangdan arah bayang-bayang. Terdapat beberapa faktor penyebab kepada ketidakberkesanan pengajaran guru
               sebelum  ini.  Perancangan  tindakan  difokuskan  kepada  cara  yang  mudah,  berkesan  serta  difahami  oleh  murid.
               Sebuah model yang diberi nama Kit Bayang-Bayang ‘KBB’ telah direka bentuk untuk mengatasi masalah ini. Inovasi
               ini mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21, iaitu pembelajaran yang berpusatkan murid. Menggunakan
               kaedah  pemerhatian,ujian  pra,ujian  pasca  dan  temubual  untuk  menguji  keberkesanan  inovasi.  Kajian  ini  telah
               dijalankan ke  atas  10  orang murid  Tahun  5 yang tidak menguasai  Tahap  Penguasaan  3  dalam  pentaksiran  bilik
               darjah yang telah dilakukan. Hasil dapatan menggunakan inovasi ini di dalam kelas, didapati pendekatan alternatif
               inididapati  berkesan  meningkatkan  penguasaan  murid-murid  dalam  topik  ini.  Selain  itu,  penggunaan  inovasi  ini
               menjadikan  suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  lebih  aktif,  berfokus  dan  menarik  minat  murid  untuk  belajar.
               Murid-murid  juga  dapat  melibatkandiri  secara  holistik  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  dapat
               mengelakkan masalah keciciran dalam pembelajaran. Hasil temu bual dengan guru dan murid, menunjukkan inovasi
               ‘KBB’ ini memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan hasilnya
               guru  telah  berjaya  membantu  murid-murid  menguasai  topik  ini  dengan  lebih  baik.  Inovasi  ini  dilihat  dapat
               menyediakan alternatif kaedah pengajaran untuk membantu guru dan memaksimunkan proses pembelajaran.
               Kata Kunci : Sains, Kit Bayang-Bayang,Pembelajaran Abad 21,Inovasi Pdp


               KC33
                 CARA CEPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA MURID PRASEKOLAH DENGAN MENGGUNAKAN KIT
                                                     AULAD PINTAR (KAP)

                                                    SHARIFAH BINTI SAAD
                                              SK Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang
                                                  mencarisinardhuna@gmail.com

               Menurut  Zainiah (2005), membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah kerana
               membaca  adalah  aspek  yang  sangat  penting  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak.  Dunia  kanak  –  kanak  penuh
               dengan  aktiviti  bermain.  Kanak  –  kanak  mempelajari  sesuatu  dengan  paling  berkesan  apabila  mereka  sedang
               berseronok. Sama juga untuk memperkenalkan konsep kemahiran literasi khususnya kemahiran membaca perlulah
               dengan  cara  yang  menyeronokkan.  Bahan  inovasi  yang  dihasilkan  adalah  untuk  menangani  masalah  kemahiran
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41