Page 33 - BCD ANDROID
P. 33

penguasaan  murid  terhadap  topik  Mesin  meningkat.  Manakala  analisa  ujian  pra  dan  pasca  pula  menunjukkan
               peningkatan prestasi sebanyak 42%. Seterusnya, dapatan kajian ini turut menunjukkan perubahan sikap murid ke
               arah yang lebih positif  setelah intervensi diperkenalkan. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan Lynx Puzzle
               membantu meningkatkan tahap penguasaan murid bagi topik Mesin, meningkatkan prestasi serta minat murid bagi
               subjek sains.
               Kata Kunci :meningkatkan, penguasaan, mesin ringkas, Lynx Puzzle, padanan

               KC27
                   PENGGUNAAN TEKNIK PPDAKU DALAMMENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA KERANGKA DAN
                                          MENULIS KARANGAN BAGI MURID 6 TANGKAS

                                               ABDUL RANI BIN ABDUL RAHMAN
                                   Sk Taman Seri Gombak, Jalan SD1/1, 68100 Batu Caves, Selangor
                                                   g-65317689@moe-dl.edu.my

               PPDAKU  ialah  akronim  bagi  teknik  membina  kerangka  dan  menulis  karangan  iaitu  Pendahuluan,  Penutupan,  Di
               mana,  Apa,  Kenapa  atau  Kerana  dan  Untuk.  PPDAKU  merupakan  satu  teknik  inovasi  yang  bertujuan  untuk
               membantu  murid  merangka  idea  secara  kohesi  dan  menulis  karangan  dengan  baik.  Kajian  ini  bertujuan  untuk
               mengatasi masalah penulisan karangan bagi murid Tahun Enam Tangkas yang berprestasi rendah di SK Taman Seri
               Gombak. Teknik PPDAKU digunakan untuk membina kerangka dan menulis karangan iaitu PP merujuk kepada P-
               pendahuluan, P-penutupan, manakala DAKU (di mana, apa, kenapa/kerana, untuk) yang memudahkan murid-murid
               merangka  idea  secara  kohesi.  Instrumen  yang  diguna  pakai  untuk  memperoleh  data  kajian  adalah  berdasarkan
               pemerhatian dan ujian pengesanan yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan
               sumatif. Teknik penulisan PPDAKU telah diaplikasikan secara berperingkat-peringkat untuk membantu murid-murid
               menjanakan  dan  mengembangkan  idea  dalam  binaan  kerangka  dan  penulisan  karangan.  Teknik  PPDAKU  juga
               dilaksanakan  secara  manual  dan  interaktif  dalam  talian.  Hasil  kajian  ini  mendapati  murid  dapat  meningkatkan
               kemahiran menulis karangan menggunakan teknik PPDAKU. Selain itu, teknik PPDAKU memberi keyakinan kepada
               murid membina kerangka dan menulis karangan sama ada secara berpandu atau separa berpandu menggunakan
               pelbagai medium pembelajaran tanpa bimbingan guru terutamanya semasa pandemik wabak Covid-19 ini. Teknik ini
               boleh  dimanfaatkan  oleh  guru-guru  bahasa  dalam  usaha  meningkatkan  kemahiran  menulis  karangan  dalam
               kalangan murid. TeknikPPDAKU ini dapat mengatasi kelemahan murid dalam menguasai piawai pembelajaran, iaitu
               membaca bahan grafik, membina kerangka dan menulis karangan. Rentetan daripada masalahitu, saya mencipta
               Teknik  PPDAKU  supaya  murid  dapat  menggunakan  struktur  ayat  yang  kemas  dan  tersusun  semasa  belajar  tiga
               kemahiran menulis  dalam  DSKP.  Tambahan  pula,  PPDAKU  ini  dipersembahkan melalui konsep  didik  hibur  serta
               interaktif yang merupakan elemen nilai tambahdan dapat menjadikan inovasi ini mudah dikuasai oleh murid-murid.

               KC28
                                                         ABBRAILLE

                                                                                             2
                                                                     1
                               ABDUL MUHAMMAD MU’IZ BIN ABD HAMID , KHATIJAH BINTI MASTAN
                                      SK Bagan Serai,Lorong Sekolah, 34300 Bagan Serai, Perak
                                          1 senduk.lulu@gmail.com,  angah2280@gmail.com
                                                               2
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38