Page 30 - BCD ANDROID
P. 30

INYOWRI  J-SCITH  merupakan  suatu  alatan  baharu  yang  direka  cipta  khas  oleh  pengkaji  untuk  membantu
               menyelesaikan masalah utama asas tulisan murid-murid kelasaliran Pemulihan. INYOWRI J-SCITH juga merupakan
               alat  bimbingan  yang  telah  diberi  penambahbaikan  daripada  alat  bimbingan  INYOWRI  yang  terdahulu.  Melalui
               INYOWRIJ-SCITH,  pengkaji  menerapkan  Elemen  Merentasi  Kurikulum  (EMK)  dalam  subjek  Jawi,  Sains  dan
               Matematik  demi keberkesanan  objektif intervensi tersebut kepada murid, seterusnya menjana  kemenjadian murid
               Pemulihan ke peringkat akademik yang lebih baik. Hal ini kerana sebelum terciptanya INYOWRI dan INYOWRI J-
               SCITH,  pengkaji  berhadapan  dengan  murid  yang  rata-ratanya  mempunyai  masalah  dan  kekeliruan  yang  ketara
               tentang asas menulis, iaitu melibatkan penggunaan huruf besar, huruf kecil, jarak antara perkataan dalam ayat dan
               sebagainya.  Dengan  adanya  elemen  EMK  yang  lebihmencapah  dalam  INYOWRI  J-SCITH,  murid  juga  sekaligus
               berpeluang memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang lebih holistik dalam penggabungjalinan subjek-subjek
               berbeza. INYOWRI J-SCITH dibangunkan dengan menggunakan daya sentuhan melalui sensor yang akan berkait
               dengan penghasilan cahaya dan bunyi dalam satu alatan yang sama. Unsur cahaya dan bunyi digunakan sebagai
               tanda  peringatan  kepada  murid  sekiranya  berlaku  kesilapan  semasa  menulis  di  atas  INYOWRI  J-SCITH.  Selain
               daripada itu, seiring dengan pembelajaran masa kini, INYOWRI J-SCITH juga mengetengahkan salah satu elemen
               Industri  Revolusi  4.0  seperti  konsep robotik  autonomi,  dimana  ianya membantu dan menggantikan  fungsi tenaga
               guru dalam memantau kesilapan murid semasa latih tubi asas menulis murid secara konsisten. Peranan guru adalah
               sebagai pemantau  dan pembimbing  sahaja.  Dengan ini, tugas  guru menjadi sedikit  ringan,  selain  daripada dapat
               mewujudkan peluang kepada murid untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan kaedah yang unik.

               KC22
                                                  RODA FASA BULAN (R-FB)

                                                 IMA SHAHIDAH BINTI IBRAHIM
                                           Sekolah Kebangsaan Chopin, 32800 Parit, Perak
                                                   g-58205877@moe-dl.edu.my

               Roda Fasa Bulan (R-FB) merupakan medium pengajaran yang membantu murid memahami tajuk Fasa Bulan Sains
               Tahun 5 dengan mudah. Menggunakan pendekatan “saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat, saya buat saya
               faham” inovasi ini dicipta  agar murid  dapat melakukan  aktiviti secara  “hands on” simulasi  perubahan  fasa  bulan.
               Roda yang boleh berputar dengan grafik dan ilustrasi yang menarik dapat mencetus minat murid serta mewujudkan
               pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya murid dapat melukis dan menamakan fasa bulan serta menyatakan
               tarikh fasa bulan mengikut urutan denganbetul menepati objektif utama inovasi ini dicipta. Penghasilan inovasi ini
               melibatkan kos yang rendah kerana menggunakan bahan terpakai dan mudah didapati seperti kotak, kertas warna,
               kertas foam, skru dan nut. R-FB juga ringan dan mudah dikendalikan. Murid hanya perlu memutarkan roda mengikut
               arah anak panah yang ditunjukkan. Di samping itu, inovasi ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam bidang
               pendidikan  terutamanya  matapelajaran  Sains  kerana  ia  berfokus  kepada  tajuk  FasaBulan.  Malah  R-FB  telah
               mendapat  pengiktirafan  pingat  Perak  dalam  pertandingan  Inovasi  IUCEL  2021(kategori  PIP).  Kini,  R-FB  telah
               ditambahbaik  dengan  mengintegrasikan  aplikasi Wordwall.  Berfungsi  sebagai  serampang  dua  mata,  murid  dapat
               belajar  sambil  bermain  secara  digital  interaktif  bahkan  dapat  dijadikan  sebagai  aktiviti  pengayaan  selepas
               pembelajaran. Sekaligus tahap penguasaan murid dalam tajuk Fasa Bulan boleh ditaksir. Pengintegrasian aplikasi
               Wordwall bersama Roda Fasa Bulan ini mampu meningkatkan penguasaan murid dengan lebih baik. Secara tidak
               langsung,  R-FB dapat membantu  para  guru mewujudkan  pengajaran dan  pembelajaran (PdP)  yang menarik  dan
               berkesan.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35