Page 35 - BCD ANDROID
P. 35
NURAIN NAQUIAH BINTI RUSLAN
Sek. Keb. Lotong Kudat, Peti Surat 319, 89057 Kudat, Sabah
sayang_quiah@yahoo.com.my
Kaedah tulang ikan sering digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik. Garisan Hati telah dibangunkan
bagi menggantikan kaedah tulang ikan bertujuan membantu murid sekolah rendah untuk menyelesaikan operasi
tambah dan tolak. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid sekolah rendah khususnya yang tidak menguasai
kemahiran asas mengira tambah dan tolak, sukar menyelesaikan masalah matematik dengan cepat. Oleh yang
demikian, Garisan Hati dirangka untuk mempermudahkan murid menguasai matematik tambah dan tolak guru
dengan menggunakan satu kaedah sahaja. Penggunaan garisan bagi perwakilan tempat menulis jawapan serta
perbezaan nilai ‘sa’ ‘puluh’ turut membantu mempermudahkan murid menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan nombor 0-99. Hasil maklum balas positif guru-guru pada perkongsian Garisan Hati atas talian
memperlihatkan bahawa inovasi ini dapat membantu guru mengajar operasi tambah dan tolak kepada murid-murid
sekolah rendah. Terdapat bukti yang nyata bahawa Garisan Hati dapat menyumbang kepada cara menyelesaikan
operasi tambah dan tolak dengan lebih mudah berdasarkan instrumen analisis tugasan murid, ujian prapasca dan
soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini. Berdasarkan kajian penyelidik, hasil kerja murid lebih kemas apabila
menggunakan Garisan Hati dan markah pencapaian murid juga berjaya ditingkatkan. Perkongsian atas talian dan
media sosial serta penggunaan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang pandemik
COVID19, menjadikan pembangunan reka bentuk Garisan Hati dapat membantu guru dan murid menangani
masalah menyelesaikan operasi tambah dan tolakdalam mata pelajaran Matematik.
Kata Kunci: Garisan Hati, tolak dan tambah, murid sekolah rendah.
KC31
KOD DIGIT MUZIK : MEMUDAHKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (PEMBELAJARAN) MEMAINKAN ALAT MUZIK
3
1
2
MOHD HADI BIN MOHD NOR , AIMAN SABARYNI BINTI YAHYA , MURNIZAWATI BINTI JAHAYA
2,3
1 SK Jeram,Melaka.78300 masjid Tanah, SK Kuala Linggi78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
1 hadiskkll@gmail.com
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memudahkan kefahaman MBK PPKI SK Kuala Linggi dalam memahami nota
lagu yang akan mereka mainkan menggunakan alat muzik Angklung dan Caklempong. Seramai 18 orang responden
terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 11orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan yang mempunyai
pelbagai kategori masalah pembelajaran. Tinjauan awal yang dibuat mendapati murid-murid ini amat sukar untuk
memahami nota lagu yang mengakibatkan mereka sukar untuk memainkan alat muzik Angklung dan Caklempong
dengan baik. Ini mendorong kepada kajian ini dibuat bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul. Dalam kajian
ini, pengkaji telah menggunakan Teknik Kod DIGIT Muzik. Perkataan DIGIT merujuk kepada sebarang nombor
daripada 0 hingga 9. Dalam teknik ini, nota lagu dalam bentuk abjad “C,D,E,F,G,A,B dan C” ditukarkan kepada
sistem nombor “1,2,3,4,5,6,7 dan 8” bagi memudahkan kefahaman murid. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan
Murid-murid Berkeperluan Khas yang terlibat lebih mudah memahami serta mengikuti arahan guru dalam memainkan
alat muzik Angklung dan Caklempong. Ini membolehkan masa untuk mereka menguasai sesuatu lagu yang
dimainkan menjadi lebih singkat. Selain itu, ada di kalangan murid ini yang berkeupayaan untuk menjadi konduktor
kepada rakan-rakan mereka dalam memainkan alatan muzik tersebut. Daripada dapatan kajian ini, teknik ini amat