Page 37 - BCD ANDROID
P. 37
membaca murid-murid yang digabungjalinkan dengan kaedah belajar sambil bermain. Bahan inovasi ini, terdiri
daripada modul bacaan yang digunakan bersama bahan bantu belajar yang menarik. KIT Aulad Pintar terdiri
daripada 4 modul bacaan iaitu modul mengenal huruf, modul mengenal suku kata, modul baca perkataan dan modul
baca ayat mudah. Setiap modul ini, digunakan bersama kit belajar sambil bermain iaitu kit mengenal huruf, kit kayu
suku kata, kit cantum suku kata menjadi perkataan dan kit susun perkataan menjadi ayat mudah. Bahan inovasi Kit
Aulad Pintar (KAP) ini dapat membantu murid-muridprasekolah menguasai kemahiran membaca dalam tempoh 12
minggu pembelajaran. KAP bukan membaca buku semata-mata namun aktiviti belajar sambil bermain diterapkan
dalam KAP bagi memastikan murid-murid seronok belajar
KC34
STRIKE TP6
4
2
1
3
LILY CHIN MUI KEN , DORA LOI SIEW CHOO , LIM LAI POH , LENA WONG , NORHAFIZAH TASSA , IMELD
5
6
7
FANNY , WONG CHUI FUNG
SK St Francis Convent (M),P. O. Box 1007188801 Kota KinabaluSabah
1 lilycmk2007@yahoo.com
Strike TP6 merupakan satu modul pengajaran dan pembelajaran yang direka khusus untuk meningkatkan tahap
penguasaan (TP) murid tahap 2 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini bertepatan dengan situasi pendemik
COVID-19, dimana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menyukarkan para guru
merancang aktiviti yang sesuaiuntuk membantu murid menguasai tahap penguasaan minima. Dengan itu, Modul
‘StrikeTP6’ telah dibangunkan berdasarkan model Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) dan Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL) dimana murid berfokus pada penerokaan idea utama yang melibatkan konsep interdisiplin
daripada mata pelajaran yang berlainan. Objektif utama kajian ini adalah untuk meningkatkan TP murid dalam PBD
selain menerapkan pembelajaran bermakna melalui elemen 6C. Tinjauan awal adalah melalui pemerhatian, data
PBD dan temubual murid. Dapatan tinjauan awal menunjukkan ramai murid tidak mencapai TP 5 dan 6dalam PBD,
selain itu, murid juga kurang berminat menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Sample kajian melibatkan 69
orang murid tahap 2 dan tempoh pelaksanaan adalah selama 2 minggu mengikut jadual PdPR. Instrumen yang
digunakan adalah PBD pra /pasca, pemerhatian dan maklum balas murid. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan
modul ‘Strike TP6’ dapat meningatkan TP murid dalam PBD. Selain itu, murid juga lebih berminat menyiapkan projek
yang diberikan. Modul ‘Strike TP6’ memberi impak postif kepada murid melalui penerapan pembelajaran yang
mendalam dan bermakna. Diharap modul ini dapat memberi sumbangan kepada dunia pendidikan sebagai salah
satu modul rujukan PBD bagisekolah rendah.
Kata kunci: Modul ‘Strike TP6’, PBD, KmR-PBL, pembelajaran bermakna
KC35
INOVASI KIT PEMBELAJARAN ‘JHBB’: KIT BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) YANG DIGUNAKAN SEBAGAI
PENDEDAHAN PEMBELAJARAN TRILINGUAL
2
1
MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY , MOHD ASMADI BIN ZAINAL ABIDIN ,NUR SYAZANA BINTI
3
MOHAMMAD NAZER
2
1 SK Pos Musoh LZ, Tapah, Perak Darul Ridzuan, SK Satu, Tapah, Perak Darul Ridzuan
1 asnawizone91@gmail.com