Page 15 - BCD ANDROID
P. 15
membantu banyak pihak yang masih lagi mempersoalkan kekerapan pendekatan belajar melalui bermain yang
dilaksanakan di kelas.
Kata Kunci: PAK-21, Teori Konstruktivisme, Fizik, Kit
KB25
PEMBELAJARAN RBT MELALUI GOOGLE SITES
CHARLES MECHRIS ANAK IJAU , MUHAMAD TAUFIQ BIN YAHYA , NUR IZZATIE BINTI HATTA , ZULTIQA
2
3
1
AMIRULLAH BIN IBRAHIM
4
3
2
1 SMK Bakong, Subis, SMK Kidurong, Bintulu, SK Nanga Tebat, Lubok Antu, SMKKanowit, Kanowit, Peti Surat
4
2078, 97011 Bintulu, Sarawak
2 taufiqyahya91@gmail.com
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang berlandaskan teknologi dan pembuatan serta menekankan
aspek kreativiti murid yang diajar di sekolah menengah berumur dari 13 hingga 15 tahun dimana mereka dapat
mencetusan dan menjanakan idea kreatif melalui projek eksperimental dengan membuat catatan dan lakaran,
mereka juga dapat menterjemahkan idea kepada bentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) dengan memilih
lakaran dan merancang pembinaan projek dan diakhir dapat membina dan mempersembahkan projek eksperimental
secara lisan. Satu aplikasi sedia ada yang diimplementasi untuk rujukan pembelajaran murid dan guru berfokuskan
mata pelajaran RBT. Murid dan guru sukar untuk mencari bahan rujukan, lebih-lebih lagipada era pandemik COVID-
19 memandangkan mata pelajaran RBT baru mula diperkenalkan pada 2017, bahan rujukan secara maya belum ada
lagi yang tersusun mengikut tingkatan. PENERANGAN PROJEK INOVASI: Projek ini melibatkan pengaplikasian dan
pemanfaatan teknologi di mana bahan rujukan mata pelajaran RBT telah di pilih mengikut kesesuaian dan bertepatan
dengan kehendak Standard Prestasidalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menggunakan
Google Sites untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan semasa proses pengajaran danpembelajaran
dari rumah (PdPR) atau pembelajaran kendiri. KEADAAN SELEPAS INOVASI: Penggunaan Google Sites yang lebih
praktikal untuk dilayari oleh murid dan guru. Percubaan telah dilaksanakan untuk satu topik mata pelajaran RBT
Tingkatan 3 dandidapati dapat membantu murid dalam proses pembelajaran kendiri dan seterusnya perlu
diimplementasi secara menyeluruh ke atas semua topik mata pelajaran RBT semua tingkatan. FAEDAH
PELAKSANAAN INOVASI: Google Sites RBT telah berjaya membantumurid untuk melaksanakan pembelajaran
kendiri dalam satu-satu topik. Ianya menjimatkan masa, kos serta penggunaan bahan bercetak. ANGGARAN KOS:
Kos untuk melaksanakan Google Sites RBT hanya RM15 untuk keseluruhan projek.
Kata kunci: Google Sites, RBT, DSKP
KB26
MODUL VIDEO BERISYARAT
ABDUL HALIM BIN MOHD NASA
SMK Tunku Ampuan Durah, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
alimz85@gmail.com
Pengajaran dan pembelajaran cara baru sangat dituntut ketika pandemik CoVid-19 melanda negara. Hal ini adalah di
sebabkan tercetusnya pengajaran dan pembelajaran dengan norma yang baharu. Agak sukar bagi murid bermasalah