Page 10 - BCD ANDROID
P. 10
KAMSINA BINTI HAJI JUNAIDI , LATIFAH BINTI ZAWAWI 2
1
SMK Semerah Padi, Jalan Depo, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
2
1 kamsinajunaidi1970@gmail.com, latifah.zawawi@yahoo.com,
“Auto Feeder”, adalah produk inovasi yang kami hasilkan bagi menggantikan peranan tenaga manusia. Masalah
kekangan masa untuk memberi makan ikan peliharaan (Akuaponik) disebabkan oleh rutin kesibukan bekerja atau
belajar, merupakan salah satu faktor timbulnya idea menginovasikan produk ini. Disamping itu, inovasi ini dapat
digunakan untuk memodularkan topik, konsep dan aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) subjek
Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Pendidikan Islam (PI). Produk Inovasi ini berfungsi memberi makanan kepada
ikan dalam bentuk “pallet” dengan dikendalikan sepenuhnya oleh mikro pengawal Maker Uno. Produk inovasi ini juga
berperanan menjimatkan masa dan tenaga manusia serta memudahkan dalam pengagihan makanan kepada ikan
peliharaan yang dikawal oleh “timer” (pemasa). “Timer” berfungsi menetapkan masa pemberian makanan kepada
ikan berdasarkan masa yang kita setkan. Misalnya: 6 jam, 12 jam dan 24 jam (“Arduino Coding”). Bahan-bahan lain
yang digunakan adalah seperti pam air, akuarium dan gelas plastik (bahan 3R). Produk inovasi ini berpotensi
menjimatkan, kos penghasilannya adalah ekonomi untuk jangka masa panjang, mesra pengguna dan mesra alam
kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan. Inovasi produk ini bernilai estetika dan ergonomik serta dapat menarik
perhatian dan bernilai komersial. Produk ini berpotensi dipasarkan sebagai bahan bantu mengajar yang menarik dan
boleh diguna pakai dalam PdP secara optimum. Inovasi produk ini sangat memberi impak terhadap PdPC kerana ia
dapat menarikminat pelajar untuk terus membuat penerokaan, akses kendiri serta dapat memahami topik yang diajar
dengan berfikir secara aktif, inovatif dan kritis dengan bimbingan guru. Penggunaan bahasa saintifik untuk alatan dan
teknik penghasilan, dapat memperkukuh dan memperkayakan penggunaan bahasa terutamanya dalam subjek RBT
dan PI. Selain itu, ia juga mampu menyemai perasaan mencintai keindahan alam sekitar serta melestarikan
keindahan alam flora dan fauna sesuai dengan tuntutan agama dalam kalangan pelajar.
Kata kunci: ergonomik, mesra alam, nilai estetika, nilai komersial, modular
KB17
MAGIC TREASURE BOX
YEW KO WOO
SMK Methodist Sibu, Jalan Tun Abang Haji Openg, 96000 Sibu,SARAWAK
woo0511@hotmail.com
Secara umumnya, Seni Visual STPM mengandungi 3 kertas iaitu Kertas 1 (Apresiasi Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan
Pengkaryaan dan Perekaan) dan Kertas 3 ( Projek Kajian Seni Visual). Seni Visual STPM merupakan mata pelajaran
yang sering kali dianggap membosankan, susah dan ramai pelajar gagal kertas ini dalam peperiksaan STPM
semester 1 dan semester 2. Subjek ini memerlukan pembacaan yang menyeluruh untuk menguasai kandungan
topik. Namun demikian para pelajar perlu membuat banyak latihan, rujukan tambahan serta praktikal. Inovasi “Magic
Treasure Box” dihasilkan bertujuan untuk membantu pelajar menambahkan minat melalui kad permainan dan “nota
magic”, memperolehi pelbagai maklumat seperti latihan pengukuhan, latihan ulangkaji, nota ringkas, contoh esei dan
soalan peperiksaan tahun-tahun lepas melalui QR kod yang bercetak pada kad board yang bersaiz pembaris pendek
serta menghasil lukisan dan karya pada bila-bila masa dengan menggunakan 3B pensil berbantukan ton yang ada,