Page 7 - BCD ANDROID
P. 7

CHEM-MAZE KIT ini merupakan modul bimbingan yang berbentuk permainan. Langkah demi langkah yang direka
               bentuk untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap menghubungkaitkan bilangan zarah, bilangan mol,
               jisim  serta  isipadu  sesuatu  unsur.  Selain  itu,  iajuga  direka  bagi  meningkatkan  tahap  penguasaan  pelajar  dalam
               penyelesaian  masalah  numerical  yang  melibatkan  konsep  mol.  Chem-maze  kit  ini  juga  memberi  impak  positif
               terhadap  motivasi  pelajar  untuk  mempelajari  topik  konsep  mol  dengan  senang.  Ia  dapat  mengatasi  miskonsepsi
               pelajar terhadap penulisan formula kimia bagi bahan dan hasil serta penulisan persamaan kimia yang seimbang bagi
               tindak kimia. Walaupun, kit ini dibina khas untuk pelajar tingkatan 4, namun konsep dan kaedah didik hibur yang
               ditunjukkan  ini  adalah  sesuai  digunakan  dalam  subjek  STEM  yang  lain.  CHEM-MAZE  KIT  ini  terdiri  daripada  set
               modul interaktif yang dipelbagaikan dengan nota padat, kuiz, video serta papan permainan berwarna-warni. Pelbagai
               format  ini  adalah  bagi  memenuhi  gaya  pengajaran  guru  dan  pembelajaran  murid  yang  berbeza.  Dapatan  kajian
               tindakan yang dijalankan menunjukkan Ujian Pra mendapati peratus min markah pelajar adalah 44.73%. Selepas
               permainan   CHEM-MAZE    KIT   dikendalikan,   Ujian   Pos   menunjukkan   peningkatan   kepada   84.2%.
               Pemerhatian pengkaji  mendapati  pelajar  terlibat  secara  aktif  dalam  proses  Pdpc  kimia  melalui  permainan  ini  dan
               interaksi antara pelajar dengan pengkaji sebagai guru turut meningkat. Ada juga bukti untuk menunjukkan pelajar
               mendapat kesan motivasi yang tinggi daripada permainan ini.
               Kata Kunci : CHEM-MAZE KIT, Konsep mol, Kimia.

               KB12
                                                     KIT MUDAH KOMSAS

                                                  LINAWATI BINTI SOCRADJI
                               SMK Penrissen No. 1, KM20 Jalan Kuching/Serian, 93250 Kuching, Sarawak.
                                                    ladylyn1511@gmail.com

               Inovasi  yang  dihasilkan  iaitu Kit  Mudah  KOMSAS  merupakan  adaptasi  daripada  peta  i-Think  yang  dijadikan  peta
               minda asas untuk membantu murid menguasai kemahiran menjawab soalan pemahaman novel dan meningkatkan
               aplikasi  pembelajaran  KOMSAS  berkonsepkan  PAK-21.  Pada  bahagian  belakang  peta  minda  tersebut,  dicetak
               rangka  menulis  jawapan  soalan  pemahaman  novel  bagi  memandu  murid  agar  dapat  menulis  jawapan  mengikut
               format yang betul mengikut panduan pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Antara bahan yang digunakan
               untuk  menghasilkan  Kit  Mudah  KOMSAS  ialah  kertas  saiz  A4  berwarna,  filem  plastik  dan  nota  berpelekat.  Peta
               minda dan rangka penulisan jawapan yang telah dicetak pada kertas A4 berwarna secara bersebelahan, akan disalut
               dengan filem plastik. Seterusnya, murid akan menggunakan kertas berpelekat untuk menampal maklumat pada peta
               minda  tersebut.  Hal  ini  memberi  impak  positif  kepada  murid  kerana  Kit  Mudah  KOMSAS  bukan  sahaja  dapat
               memudahkan  murid  untuk  menulis  idea  pada  kertas  berpelekat,  malah,  tempoh  masa  yang  diperlukan  untuk
               membuat lakaran peta minda menjadi lebih singkat berbanding menggunakan kertas mahjung seperti pembelajaran
               sebelum  ini.  Pada  halaman  rangka  jawapan  di  sebelah  pula,  murid  hanya  memasukkan  maklumat  atau  isi  yang
               diperoleh  daripada  peta  minda  tersebut.  Selain  itu,  potensi  pengkomersialan  Kit  Mudah  KOMSAS  disedari  amat
               besar kerana kos penghasilan yang murah, selain daripada bentuknya yang mudah alih, mudah disimpan dan mudah
               dikendalikan. Kit Mudah KOMSAS sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
               jelas  terbukti  apabila  murid  didapati  dapat  mencambahkan  idea  dengan  lebih  cepat,  meningkatkan  aplikasi
               pembelajaran  KOMSAS  berkonsepkan  PAK-21,  sekaligus  dapat  menguasai  kemahiran  menjawab  soalan
               pemahaman novel dengan lebih baik.
               Kata Kunci : Kemahiran bahasa, pemahaman novel, pembelajaran abad ke-21
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12