Page 4 - BCD ANDROID
P. 4

Penubuhan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah adalah satu strategi pihak Kementerian
               Pendidikan  Malaysia  sejak  sekian  lama  lagi  dalam  usaha  memerangi  dadah  dan  sekolah  bebas  dadah.  Bilik
               Sumber PPDa adalah  merupakan pusat sehenti atau One Stop Centre yang menyediakan sebuah ruang lengkap
               bertujuan menyalurkan  maklumat  berkaitan  pendidikan  pencegahan  dadah kepada  pelajar,  guru,  ibu  bapa  serta
               masyarakat  sekitarnya.  Maklumat  dan  bahan-bahan  berkaitan  dalam  pelbagai  medium  boleh  meningkatkan  lagi
               pengetahuan  mereka  tentang  bahaya  penggunaan  bahan  terlarang  terutama  dadah.  Selain  itu,  semua  jenis
               maklumat  yang  boleh  membantu  melahirkan  kumpulan  sasaran  yang  mempunyai  pengetahuan  dan  kemahiran
               dalam pendidikan pencegahan dadah juga boleh dimuatkan bagi menambah nilai kepada bahan sedia ada. Seiring
               dengan perkembangan pesat teknologi dan dunia ke arah digital, dengan ini kami telah mencetuskan idea untuk
               menjalankan satu projek inovasi Pendigitalan Pendidikan Pencegahan Dadah. Hal ini sekaligus merapatkan jurang
               akses  kepada  bahan-bahan  PPDa  secara  digital.  Antara  teknologi  yang  digunakan  dalam  representasi  info-info
               PPDa  adalah  teknologi  Augmented  Reality  (AR)  serta  paparan  poster  digital,  keratan  akhbar  digital  dan  artikel
               digital. Penggunaan teknologi QR Code dalam representasi info berkenaan PPDa juga digunakan dan dikumpulkan
               dalam satu platform iaitu  My Link / Onpay Solutions Sdn. Bhd.  Laman maya melalui platform  Google Sites turut
               dihasilkan  yang  memaparkan  sebarang  info  secara  digital  seperti  koleksi  poster  digital  PPDa,  pautan  langsung
               kepada  portal  maya  agensi  anti  dadah  dalam  dan  luar  negara,  pautan  langsung  kepada  video-video  berkaitan
               PPDa dan koleksi hasil kajian atau artikel berkaitan PPDa. Mini studio yang dibangunkan juga boleh dimanfaatkan
               oleh  seluruh  lapisan  masyarakat  di  lokaliti  Betong  khasnya  dan  masyarakat  di  seluruh  negara  amnya  untuk
               melontarkan  idea  tentang  kempen  pencegahan  dadah  melalui    rakaman  video  dengan  menggunakan  teknologi
               Green Screen.  Teknologi ini juga boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menghasilkan poster kempen Anti
               Dadah secara digital.


               KB07
                                                         KID INOVASI

                                                               2
                 RUHAINAH BINTI RADIN , NORZALINAH BINTI KASIM , AHMAD SYUKRI BIN ROSLAN ,MOHAMAD NAZRI
                                                                                           3
                                      1
                                    4
                                                                          5
                 BIN KAMAROZZAMAN , MOHD KHAIRUL NIZAM BIN SJAHARUDIN , PUTRI HIDAYATUL ISTIQAMAH BINTI
                                                                  6
                                                          HUSSAIN
                                 MRSM Tun Mustapha Tawau, Batu 5, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah
                                                 2
                                                                             3
                        1 ruhainah.radin@mara.gov.my,  norzalinah.kasim@mara.gov.my,  syukri.roslan@mara.gov.my,
                                                  5
                                                                            6
                    4 nazri.kamarozzaman@mara.gov.my, m.khairulnizam@mara.gov.my,  hidayatulistiqamah@mara.gov.my,


               Berdasarkan tinjauan keputusan peperiksaan akhir semester 2, 2020 masih terdapat pelajar yang sukar mengingati 3
               bahagian dalam hukum Nun Mati dan Tanwin (Hukum Lima) iaitu kesukaran mengingati nama hukum, huruf bagi
               setiap  hukum  dan  bacaannya  walaupun  mereka  telah  diajar  selama  enam  tahun  di  peringkat  sekolah  rendah
               (Hajarul, Huzairi, Hidayat, Hayati dan Nabiroh, 2010). Bertitik tolak daripada itu, maka tercetuslah idea “KID Tajwid”
               sebagai salah satu cara mudah dan cepat untuk pelajar mengingati 3 bahagian dalam hukum Nun Mati dan Tanwin.
               KID  Tajwid  adalah  ringkasan  bagi  “Kisah  Iqlab  Dalam  Tajwid”  yang  mana  kisah  ini  diolah  dengan  memasukkan
               ketiga-tiga bahagian dalam Hukum Lima hanya dengan satu kisah sahaja. Dengan KID Tajwid iaitu “Iqlab Lari Setiap
               Hari  kerana  C-AH  dia  Bersembunyi”  juga  dapat  mempercepatkan  dan  memudahkan  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran guru. Istimewanya KID Tajwid ini dilaksanakan secara kreatif dan didik hibur menggunakan permainan
               Puzzle  dan  Flipcard  tanpa  memerlukan  kos  kerana  ianya  boleh  diakses  melalui  QR  Code  yang  disediakan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9