Page 3 - BCD ANDROID
P. 3

KB05
                    PENGGUNAAN APLIKASI MYFURQANI BAGI MENINGKATKAN MUTU BACAAN AYAT TILAWAH
                                     DAN AYAT HAFAZAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

                                               MOHD AZMAL BIN JALALUDIN
                                      SMK Pengalat Papar, Peti Surat 82,89607 Papar, Sabah
                                                  Mohdazmalj08@gmail.com

                  Inovasi aplikasi MyFurqani ini adalah inovasi yang dihasilkan dalam subjek Pendidikan Islam iaitu bidang
                  al-Quran meliputi  ayat  tilawah  dan ayat  hafazan  tingkatan  4  dan tingkatan  5.  Inovasi  ini  dihasilkan bagi
                  meningkatkan mutu bacaan ayat tilawah dan ayat hafazan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan tingkatan
                  5. Penghasilan inovasi ini adalah bagi mengatasi masalah murid-murid yang bacaan ayat tilawah dan ayat
                  hafazannya tidak menepati hokum tajwid yang betul dan bacaan murid yang tidak lancar. Hasil daripada
                  penggunaan aplikasi ini, murid dapat meningkatkan mutu bacaan dengan kadar 58.38 peratus dalam sesi
                  yang  pertama  sahaja  dengan  menggunakan  aplikasi  ini.  Aplikasi  ini  amat  mudah  digunakan  oleh  murid
                  dengan hanya perlu memuat turun dan memasangnya pada peranti masing-masing dan boleh digunakan
                  pada bila-bila masa walau di mana pun selagi jaringan internet ada. Data rintis menunjukkan bahawa 17
                  orang murid tingkatan 5 dan 14 orang murid tingkatan 4 yang menjadi responden awal telah menunjukkan
                  peningkatan  mutu  bacaan  ayat  tilawah  dan  ayat  hafazan  dengan  menggunakan  aplikasi  ini  tanpa  perlu
                  mengadakan sesi kedua. Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung boleh meningkatkan mutu bacaan
                  murid walaupun murid tidak mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu tajwid ataupun murid yang langsung
                  tidak boleh membaca ayat-ayat al-Quran.
                  Kata kunci : Bidang al-Quran, Pendidikan Islam, aplikasi MyFurqani

                  KB06

                                   PENDIGITALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

                                                                                              2
                                                             1
                   MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MAZLAN, K.B., P.A. , ABG. MOHD SABIRIN BIN ABG MUIS ,
                                                                                              5
                                                                          4
                                          3
                   ABDUL RAZAK BIN OMAR,  MUHIRMAN BIN MU-ALIM, K.B., P.A. , SANGIN ANAK JUAT ,
                                                                                6
                                 K.B., P.A., DARYL ALBRIGHT ANAK DOUBLESS JOHN
                                        KOLEJ VOKASIONAL BETONG, 95700 SARAWAK
                                                1 Crzulfaqarkv9192@gmail.com
   1   2   3   4   5   6   7   8