Page 13 - BCD ANDROID
P. 13

menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan dengan betul daripada 10 soalan yang ditanya. Ini sekaligus menyumbang
               kepada  kegagalan  pelajar  untuk  menguasai  mata  pelajar  Sejarah.  Atas  kesedaran  ini,  satu  kaedah  mengajar
               menggunakan Teknik EZ Kad Warna digunakan untuk membantu pelajar mengingati fakta Sejarah. Tambahan pula
               peralatan yang digunakan untuk menyediakan EZ Kad Warna ini adalah murah iaitu dari tag nama dan kertas A4
               warna iaitu satu resolusi diambil untuk dijadikan alat bantu belajar. Cara menggunakan Teknik EZ Kad Warna ini
               untuk  mengingati  fakta  Sejarah  ialah  menulis  fakta-fakta  dari  topik  yang  dipelajari.  Pelajar  akan  diberi  Kad  Kad
               Warna yang telah ditulis satu fakta Sejarah serta diberi masa untuk membaca dan mengingati fakta yang terdapat
               dalam  EZ  Kad Warna  tersebut.  Kemudian  pelajar  tersebut  akan  menyebut  untuk  didengar  oleh  pelajar  lain.  Jika
               masih gagal untuk mengingati fakta yang diberi, pelajar akan merujuk semula kepada Kad warna tersebut. Kajian ini
               melibatkan 10 orang pelajar dari kelas SVM 2 ETE1.  Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 90% pelajar
               berjaya menjawab dengan baik soalan yang ditanya selepas mengunakan Teknik EZ Kad Warna ini. Bahan ini amat
               bermanfaat sebagai  bahan  bantu mengajar  guru dan  pelajar  ke  arah meningkatkan  prestasi  pelajar,  malah  boleh
               diaplikasi kedalam subjek lain.
               Kata Kunci : EZ Kad Warna: Mengingati Fakta Sejarah

               KB22
                                                         TAG IY2KCI

                                                    OLIVIA BINTI RAHMAN
                                          Sek. Men. Keb. Kunak, Peti Surat 30, 91207 Sabah
                                                     viaryn5020@gmail.com

               Murid  tahun  2021 adalah  murid  pertama  yang akan menduduki  peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  berdasarkan
               Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)  yang baharu.  Oleh itu terdapat  beberapa perubahan besar yang
               menjadi  kerisauan  semua  pihak  kerana  tiada  lagi  kertas  3  dalam  subjek  sejarah  SPM.  Pengenalan  penandaan
               secara holistik atau penggunaan prinsip rubrik dalam penulisan jawapan bagi soalan KBAT di kertas 2 memerlukan
               muridmenghuraikan  jawapan  sejelas-jelasnya  untuk  memperolehi  markah  penuh.  Murid  dilihat  susah  untuk
               mengembangkan isi utama bagi memenuhi aspirasi penandaan holistik. Murid tidak mempunyai panduan jelas untuk
               memandu mereka menghasilkan jawapan.Oleh itu, kajian untuk mencari solusi ini telah di dilaksanakan di sebuah
               sekolah  di  dalam  daerah  Kunak  dan  kini  diperluaskan  penggunaannya  ke  seluruh  daerah  Kunak.  Pengkaji  telah
               berjaya mencipta satu kaedah untuk menangani isu tersebut dan dilihat membantu murid daripada pelbagai aras.
               Kaedah  ini  dinamakan  “TAG  IY2KCI”.  “TAG  IY2KCI”  telah  menyediakan  langkah  yang  sistematik  yang  dijadikan
               panduan  untuk  murid  mengembangkan  isi.  Selepas  mengenalpasti  isi,  murid  akan  mengembangkan  isi  dengan
               menggunakan prinsip Y2KCI (Why, Kesan atas Kesan, Contoh, Inferens). Kaedah ini ternyata dapat mengatasi dan
               membendung sikap murid yang menulis huraian tanpa berfikir kesesuaian huraian dengan isi yang diberikan. Murid
               juga dapat menulis jawapan esei KBAT dengan lebih tersusun dan seterusnya memenuhi syarat penandaan holistik
               dalam soalan KBAT sejarah SPM. Kaedah ini terbukti sesuai dilakukan semasa bersemuka (pdpc) mahu pun secara
               tidak  bersemuka  (pdpr).  Kaedah  ini  juga  sesuai  dilaksanakan  dalam  norma  baharu  proses  pengajaran  di  rumah
               samada secara individu atau tugasan berkumpulan bagi memenuhi aspirasi pembelajaran abad ke-21. Penggunaan
               warna traffic light juga menjadikan panduan ini menjadi lebih mudah dan mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis
               murid dalam penulisan. Kos yang rendah dalam penghasilan produk menjadikan “TAG IY2KCI” mampu dimiliki oleh
               semua murid.
               Kata Kunci : holistik, panduan, isi, tersusun, warna.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18