Page 123 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 123
Kerana mungkin amarah dan kekecewaan telah mengelabui
pandangan kita yang sempit.
Seandainya lelaki tersebut menemui isterinya dan mengatakan:
”Sayang, aku sangat menderita beberapa hari ini. Rasanya aku tidak
dapat hidup lagi. Tolong aku. Tolong beritahu aku siapa lelaki yang
selalu datang setiap malam, kamu ajak bicara, menangis di
depannya, setiap kali kamu duduk, dia duduk.”
Hal yang sangat mudah untuk dilakukan. Hanya merendahkan ego
untuk bertanya dan bersemuka dengan isterinya. Jika lelaki tersebut
melakukannya, wanita muda itu akan ada peluang untuk
menjelaskan, dan tragedi tersebut dapat dihindari. Mereka dapat
memulihkan kebahagiaan dengan mudah, secara cepat.
Tetapi dia tidak melakukannya kerana ia terluka sangat mendalam,
dan keegoan telah mencegahnya untuk menemui isterinya dan
meminta bantuan. Tidak hanya lelaki tersebut yang melakukan
kesalahan, wanita itu juga melakukan kesalahan yang serupa. Dia
juga sangat menderita, tetapi dia terlalu sombong untuk meminta
bantuan. Dia sepatutnya menemui suaminya dan mengatakan:
106