Page 128 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 128

yang terluka kerana paksaan boleh menimbulkan pertengkaran.

         Lakukanlah dengan lemah lembut dan kasih sayang kerana ketika


         kita penuh dengan kesabaran dan kasih, maka kita akan mampu

         menembus hati seseorang yang  keras.   Jangan pernah bermimpi

         untuk mengubah orang lain sebelum kita mampu untuk mengubah


         diri kita sendiri.




         Sahabat,


         Saya dulu umpama si kayu, yang sangat tegas dan keras dalam

         menyampaikan apa yang saya mahu. Sehingga saya masih ingat lagi


         ketika  saya  bertugas  di  Bank  Negara  dulu,  seorang  sta   yang

         ditugaskan untuk bekerja di bawah saya menangis sebab ditugaskan

         untuk bekerja dengan saya. Mengapa sampai begitu? Sebab katanya


         saya seorang yang sangat garang, tegas dan sombong. Huhuhu





         Sehingga saat ini, saya berterima kasih atas kejujurannya

         memberitahu tentang sisi-sisi keras diri saya yang tidak saya sedari.

         Jika bukan kerana kejujurannya, saya sampai sekarang tidak


         menyedari bahawa sebaik manapun niat saya untuk melakukan

         sesuatu tetapi jika bukan dengan cara yang lembut dan berkasih

         sayang, ia tetap tidak akan menghasilkan kedamaian.





















                                                          111
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133