Page 125 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 125
Sahabat, Kita semua harus belajar dari penderitaan pasangan muda
tersebut. Kita seharusnya tidak melakukan kesalahan yang sama. Lain
kali, saat anda menderita, bila anda yakin bahawa penderitaan itu
disebabkan oleh orang yang paling anda cintai, anda harus ingat
cerita ini.
Ingatlah pertanyaan yang anda mesti tanyakan pada diri anda dan
‘keywords’ untuk berterus terang dengan pasangan anda.
Apakah pertanyaannya? “Adakah aku benar-benar pasti hal ini
benar?” “Jika benar, adakah anda pasti ia100% benar? “ “Jika tidak
100% benar, rendahkanlah ego kita untuk bertanya dengan orang
lain.”
Dan keywords untuk menyatakan penderitaan anda ialah: “Sayang,
aku menderita...aku sakit...aku sedih… tolong aku...”
∞ ∞ ∞
Sahabat, Ketika berlaku kesalahfahaman atau sesuatu yang
mengganggu keamanan hati kita, kita sering terburu-buru
mempercayai kiran dan sangkaan kita. Mengapa?
108