Page 29 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 29

yang nampak semacam air dalam keadaan yang panas terik di padang pasir - Rasulullah s.a.w.
               bersabda:  "Engkaukah  Abu  Khaitsamah?  "Memang  orang  itu  adalah  Abu  Khaitsamah  al-
               Anshari dan ia adalah yang pernah bersedekah dengan sesha' kurma ketika dicaci oleh kaum
               munafikin.




               Ka'ab  berkata  selanjutnya:  "Setelah  ada  berita  yang  sampai  di  telingaku  bahawa  Rasulullah
               s.a.w. telah menuju kembali dengan kafilahnya dari Tabuk, maka datanglah kesedihanku lalu
               saya  mulai  mengingat-ingat  bagaimana  sekiranya  saya  berdusta  -  untuk  mengada-adakan
               alasan  tidak  mengikuti  peperangan.  Saya  berkata  pada  diriku,  bagaimana  caranya  supaya
               dapat  terkeluar  -  terhindar  dari  kemurkaannya  esok  sekiranya  beliau  telah  tiba.  Saya  pun
               meminta bantuan untuk menemukan jalan keluar dari kesulitan ini dengan setiap orang yang
               banyak  mempunyai  pendapat  dari  golongan  keluargaku.  Setelah  diberitahukan  bahawa
               Rasulullah  s.a.w.  telah  tiba  maka  lenyaplah  kebathilan  dari  jiwaku  -  yakni  keinginan  akan
               berdusta itu - sehingga saya mengetahui bahawa saya tidak dapat menyelamatkan diriku dari
               kemurkaannya  itu  dengan  sesuatu  apapun  untuk  selama-lamanya.  Oleh  sebab  itu  saya
               menyatukan pendapat hendak mengatakan secara sebenarnya belaka.



               Rasulullah s.a.w. itu apabila datang dari perjalanan, tentu memulai dengan memasuki masjid,
               kemudian  bersembahyang  dua  rakaat,  kemudian  duduk  di  hadapan  orang  banyak.  Setelah
               beliau  melakukan  yang  sedemikian  itu,  maka  datanglah  padanya  orang-orang  yang
               membelakang  -  tidak  mengikuti  peperangan  -  untuk  mengemukakan  alasan  mereka  dan
               mereka  pun  bersumpah  dalam  mengemukakan  alasan-alasannya  itu.  Jumlah  yang  tidak
               mengikuti  itu  ada  lapan  puluh  lebih  -  tiga  sampai  sembilan.  Beliau  s.a.w.  menerima  alasan-
               alasan yang mereka kemukakan secara terus terang itu, juga membai'at - meminta janji setia -
               mereka  serta  memohonkan  pengampunan  untuk  mereka  pula,  sedang  apa  yang  tersimpan
               dalam hati mereka bulat-bulat diserahkan kepada Allah Ta'ala. Demikianlah sehingga saya pun
               datanglah  menghadap  beliau  s.a.w.  itu.  Setelah  saya  mengucapkan  salam  padanya,  beliau
               tersenyum  bagaikan  senyumnya  orang  yang  murka,  kemudian  bersabda:  "Kemarilah!"  Saya
               mendatanginya sambil berjalan sehingga saya duduk di hadapannya, kemudian beliau s.a.w.
               bertanya  padaku:  "Apakah  yang  menyebabkan  engkau  tertinggal  bukankah  engkau  telah
               membeli unta untuk kenderaanmu?"



               Ka'ab berkata: "Saya lalu menjawab: Ya Rasulullah, sesungguhnya saya, demi Allah, andaikata
               saya duduk di sisi selain Tuan dari golongan ahli dunia, nescayalah saya berpendapat bahawa
               saya akan dapat keluar dari kemurkaannya dengan mengemukakan suatu alasan. Sebenarnya
               saya telah dikurniai kepandaian dalam bercakap-cakap. Tetapi saya ini, demi Allah, pasti dapat
               mengerti bahawa andai kata saya memberitahukan kepada Tuan dengan suatu ceritera bohong
               pada hari ini yang Tuan akan merasa rela dengan ucapanku itu, namun sesungguhnya Allah
               hampir-hampir  akan  memurkai  Tuan  kerana  perbuatanku  itu.  Sebaliknya  jikalau  saya
               memberitahukan  kepada  Tuan  dengan  ceritera  yang  sebenarnya  yang  dengan  demikian  itu
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34