Page 28 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 28
memberitahukan pada mereka dengan tujuan yang dikehendaki. Kaum Muslimin yang
menyertai Rasulullah s.a.w. itu banyak sekali, tetapi mereka itu tidak terdaftarkan dalam
sebuah buku yang terpelihara." Yang dimaksud oleh Ka'ab ialah adanya buku catatan yang
berisi daftar mereka itu.
Ka'ab berkata: "Maka sedikit sekali orang yang ingin untuk tidak menyertai peperangan tadi,
melainkan ia juga menyangka bahawa dirinya akan tersamarkan, selama tidak ada wahyu yang
turun dari Allah Ta'ala - maksudnya kerana banyaknya orang yang mengikuti, maka orang yang
berniat tidak mengikuti tentu tidak akan diketahui oleh siapapun sebab catatannya pun tidak
ada.
Rasulullah s.a.w. berangkat dalam peperangan Tabuk itu di kala buah-buahan sedang enak-
enaknya dan naungan-naungan di bawahnya sedang nyaman-nyamannya. Saya amat senang
sekali pada buah-buahan serta naungan itu. Rasulullah s.a.w. bersiap-siap dan sekalian kaum
Muslimin juga demikian. Saya mulai pergi untuk ikut bersiap-siap pula dengan beliau, tetapi
saya lalu mundur lagi dan tidak ada sesuatu urusan pun yang saya selesaikan, hanya dalam
hati saya berkata bahawa saya dapat sewaktu-waktu berangkat jikalau saya menginginkan. Hal
yang sedemikian itu selalu saja menghulur-hulurkan waktu persiapanku, sehingga orang-orang
giat sekali untuk mengadakan perbekalan mereka, sedangkan saya sendiri belum ada
persiapan sedikitpun. Kemudian saya pergi lagi lalu kembali pula dan tidak pula ada sesuatu
urusan yang dapat saya selesaikan. Keadaan sedemikian ini terus-menerus menyebabkan saya
menghulur-hulurkan waktu keberangkatanku, sehingga orang-orang banyak telah bergegas-
gegas dan majulah mereka yang hendak mengikuti peperangan itu. Saya bermaksud akan
berangkat kemudian dan selanjutnya tentu dapat menyusul mereka yang berangkat terlebih
dulu. Alangkah baiknya sekiranya maksud itu saya laksanakan, tetapi kiranya yang sedemikian
tadi tidak ditakdirkan untuk dapat saya kerjakan. Dengan begitu maka setiap saya keluar
bertemu dengan orang-orang banyak setelah berangkatnya Rasulullah s.a.w. itu, keadaan
sekelilingku itu selalu menyedihkan hatiku, kerana saya mengetahui bahawa diriku itu hanyalah
sebagai suatu tuntunan yang dapat dituduh melakukan kemunafikan atau hanya sebagai
seseorang yang dianggap beruzur oleh Allah Ta'ala kerana termasuk golongan kaum yang
lemah - tidak kuasa mengikuti peperangan.
Rasulullah s.a.w. kiranya tidak mengingat akan diriku sehingga beliau datang di Tabuk, maka
sewaktu beliau duduk di kalangan kaumnya di Tabuk, tiba-tiba bertanya: "Apa yang dilakukan
oleh Ka'ab bin Malik?" Seorang dari golongan Bani Salimah menjawab: "Ya Rasulullah, ia
ditahan oleh pakaian indahnya dan oleh keadaan sekelilingnya yang permai pandangannya."
Kemudian Mu'az bin Jabal r.a. berkata: "Buruk sekali yang kau katakan itu. Demi Allah ya
Rasulullah, kita tidak pernah melihat keadaan Ka'ab itu kecuali yang baik-baik saja." Rasulullah
s.a.w. berdiam diri. Ketika beliau s.a.w. dalam keadaan seperti itu lalu melihat ada seorang
yang mengenakan pakaian serba putih yang digerak-gerakkan oleh fatamorgana - sesuatu