Page 140 - Hikayat-Patani-The-Story-Of-Patani 1
P. 140
MALAY TEXT 131
itu dipanggil orang Yang Dipertuan, dan ialah yang berbuat mesjid di
bandar itu dan mesjid itu pun istana Raja Dajang buat asalnya didalam
negeri. Maka dirombak bawa ke bandar dijadikan mesjid. Maka pada
masa itulah Sayyid cAbdullah pun datang dari Terengganu. Adapun
Sayyid cAbdullah itu dari pada anak cucu rasul Allah, Bait-Almukaddas
nama negerinya, dan Haji Yunus itu Jawi Patani asalnya dan Syaikh
cAbdulkadir itu asalnya orang Pasai dan Haji c Abdurrahman itu asalnya
orang Jawa, turun dari haj ia beristeri di Patani ini. Adapun Fakih
cAbdulmannan itu orang Minangkabau datang dari Kedah, ia beristeri
di Pujut. Maka sekalian datuk-datuk itulah yang membicarakan kesa
kitan racyat Patani itu dengan hukum Allah yang tersebut didalam kitab
Allah. Maka segala racyat dalam bandar Patani itu pun sangatlah senang
sentosanya pada masa itu. Maka nama Yang Dipertuan pun masyhurlah
lantas sampai pada negeri Barat dan Timur.
Maka sekonyong-konyong datang dengan dikehendaki Allah subhanahu
watacala melakukan atas hambanya, maka Yang Dipertuan pun meng
himpunkan segala racyat bala tenteranya dengan segala datuk pahlawan
78 dibawajhjnya angkat perang, pergi / melanggar Datuk Pangkalan Pauh,
lalu bertikam seketika, maka Yang Dipertuan pun sudah sampai ajal
bilangannya. Maka dibedil oleh Datuk Pangkalan Pauh sama diatas
gajah dengan istinggar, lalu kena dadanya, maka Yang Dipertuan rebah
lalu hilang diatas gajah itu. Adapun Datuk Pangkalan Pauh itu saudara
tua dari pada Yang Dipertuan, bundanya juga lain dan Raja Sai itu
pun saudara tua juga dan Datuk Pujut itu pun saudara juga, tetapi pada
masa itu Datuk Pujut lagi sakit sangat, tiada boleh membicarakan dia
dan Raja Sai tiada sempat hilir; dan Alung Tarab 1 itu pun saudara
tua juga kepada Yang Dipertuan, tetapi ia itu orang baik bangun sahaja,
bicaranya sangat kurang membicarakan adik kakak, melainkan diri
dengan dirinya itulah sahaja.
Maka tatkala sudah dikuburkan Yang Dipertuan itu di Pujut maka
negeri Patani pun tiadalah beraja lagi sampai pada masa sekarang itulah.
Maka negeri Patani pun sangatlah haru-haranya dan segala racyat pun
banyak kesakitan dan cadat tertib pun sudah tiada, melainkan perintah
Allah subhanahu watacala juga yang ke hadapan itu tiada dapat segala
makhluk mengetahui dia.
[Adapun tanda orang yang bertuah itu adalah atas dua perkara: per
tamanya camal yang baik dibawa mati dan nama yang baik ditinggalkan
didalam dunia ini].
78 1 a-l-w-ng t-r-b.