Page 39 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 39

4.2.1 Perincian Kluster

                                            Pemegang taruh untuk staf akademik ditetapkan dari tiga (3) kluster wajib
                                            yang terdiri daripada Kluster Pengurusan, Kluster Rakan Sekerja dan
                                            Kluster Pelajar, manakala untuk kluster pilihan, ia terdiri daripada Kluster
                                            Pelanggan Luar atau Kluster Pelanggan Dalam.

                                            Pemegang taruh untuk staf eksekutif dan staf operasi terdiri daripada
                                            tiga (3) kluster wajib iaitu Kluster Pengurusan, Kluster Rakan Sekerja
                                            dan Kluster Pelajar (Pelanggan Dalam) atau Kluster Pelanggan Dalam.
                                            Pemilihan kluster adalah bergantung kepada peranan dan fungsi bagi
                                            sesebuah PTj. Terdapat PTj yang memberi perkhidmatan kepada pelajar
                                            dan ada juga PTj yang tidak berurusan dengan pelajar sebagai pelanggan.
                                            Dalam konteks ini staf dibenarkan untuk memilih salah satu kluster
                                            berkenaan bagi memenuhi syarat tiga (3) kluster wajib. Manakala bagi
                                            kluster pilihan, staf dibenarkan untuk memilih dari tiga (3) kluster iaitu
                                            Kluster Pelajar (Pelanggan Dalam), atau Kluster Pelanggan Dalam, atau
                                            Kluster Pelanggan Luar. Bagi staf yang memilih Kluster Pelajar (Pelanggan
                                            Dalam) atau Kluster Pelanggan Dalam, staf tidak dibenarkan untuk memilih
                                            kluster yang sama di bawah kluster pilihan bagi memenuhi syarat empat (4)
                                            kluster yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Universiti.
                                                                                                                    39
                                            Penentuan serta perincian pemegang taruh mengikut kategori staf boleh
                                            dirujuk kepada jadual berikut:

                     Kluster                                     Keterangan 
                                                     Staf Akademik

                                  Penilai terdiri daripada PPP/PPK bagi PYD





                   Pengurusan
                                  a)  Staf Akademik yang dilantik ke Jawatan Pentadbiran di PTj Akademik dan Pusat
                                     (Dekan/Pengarah/Pengurusan Tertinggi)
                                     •  Staf Akademik yang dilantik ke jawatan Pentadbiran oleh universiti atau Ahli
                                        Senat dari PTj yang sama atau PTj luar
                 Rakan Sekerja       •  Staf Eksekutif dan Operasi dalam PTj yang sama

                                     •  Mempunyai hubungan kerja
                                     •  Tiada hubungan penyeliaan 
                                     •  Gred/skim jawatan yang sama atau berbeza
                                     (Nota: Staf yang dilantik ke jawatan pentadbiran seperti Dekan/Pengarah/Pengurusan Tertinggi
                                     Universiti boleh menamakan Penilai bagi kluster rakan sekerja dalam kalangan Dekan/ Pengarah/
                                     Pengurusan Tertinggi Universiti (Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Pengawal
                                     Kewangan, Ketua Pustakawan dan Pengarah PPUM) dan Ahli Senat dari PTj lain)
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44