Page 18 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 18
Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan
berat badan mereka?
0.5- Tetapkan sasaran yang realistik untuk
1.0kg menurunkan 0.5-1.0 kg berat badan dalam
seminggu.
Makan makanan yang sihat secara sederhana
berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020.
Elakkan melangkau waktu makan utama. Hidangan
utama seperti sarapan, makan tengah hari dan
makan malam wajib diambil dan pengambilan snek
sihat yang rendah kalori di antara waktu makan
adalah digalakkan.
Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi
kandungan gula dan lemak seperti mentega,
marjerin, daging yang berlemak, sos salad, makanan
segera, minuman tin/ kotak, kek dan pastri.
Rancang dan lakukan senaman sederhana seperti
senamrobik, berjalan pantas, berbasikal, menari
dan mendaki bukit sekurang-kurangnya 30 minit,
5 hari seminggu.
Dapatkan sistem sokongan. Minta doktor yang merawat
untuk merujuk anda kepada pegawai pemakanan bagi
mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat
badan dan membantu anda secara individu. Dapatkan
juga sokongan daripada rakan-rakan dan ahli
keluarga.
14