Page 21 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 21

Fungsi &
             Buah-buahan dan sayur-sayuran                              Aras 1            Saiz Sajian




         Aras 1 mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan
         serat. Makanan pada aras ini boleh diambil dengan banyak, dan
         pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.



              Utamakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding
              di dalam tin dan mengalami proses penjerukan.






              Jumlah sajian disarankan adalah sekurang-kurangnya
              3 sajian sayur-sayuran serta 2 sajian buah-buahan.                                      3 Sajian
                                                                                      2 Sajian



                    Contoh satu sajian sayur-sayuran:                  Contoh satu sajian buah-buahan:

                                                                        1 biji saiz sederhana
                ½ cawan sayur berdaun hijau, dimasak                    epal/ pear/ oren/ lai/ mangga    8 biji
                                                                                                         kecil
                1 cawan ulam mentah                                     1 potong betik,   2 biji pisang  anggur
                                                                        nenas, tembikai
                                                                                          emas
                2 biji tomato saiz sederhana                            ½ biji jambu      1 biji pisang  1 sudu
                                                                                                        makan
                                                                        saiz sederhana    berangan      kismis




          Nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan                 Aras 2            Fungsi &
          bijirin penuh dan ubi-ubian                                                     Saiz Sajian


          Aras 2 mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
          kompleks, yang merupakan sumber tenaga utama. Makanan ini juga
          membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan
          makanan daripada kumpulan ini perlu diambil secara sederhana.


            Pengambilan bijirin penuh boleh mengurangkan masalah sembelit,
            meningkatkan rasa kenyang yang membantu dalam pengurusan berat
            badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.




             Contoh-contoh bijirin penuh yang boleh dipilih termasuk beras
             perang, roti bijirin penuh, biskut bijirin penuh dan oat.




             Jumlah sajian yang disyorkan adalah 3 hingga 5 sajian sehari.                  3 - 5 Sajian



             Contoh satu sajian:            1 cawan mi                 1 keping capati        2 biji ubi kentang
                                            kuning/ kuetiau            saiz sederhana         sederhana
                1 cawan (2 senduk) nasi     1 ½ cawan bihun/ laksa     2 keping roti         1 cawan keledek/
                putih/ perang               (direndam)                 putih/ mil penuh      keladi/ ubi kayu
                6 sudu makan                6 keping biskut            2 cawan bubur
                oat                         krim kraker                nasi kosong

                                                                                                                    17
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26