Page 35 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 35

3.      Apakah yang perlu  dilakukan semasa makan di luar?



             1.  Pilih tempat makan yang bersih :



             Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik,
             saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.


             Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan
             diri yang baik.


             Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan
             sempurna dan bersih.



             Menutup semua makanan dan menggunakan alatan makanan
             serta senduk semasa menghidangkan makanan.



             Tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan haiwan yang berkeliaran.



             Mempunyai pengudaraan yang baik dan cahaya yang terang.



             Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk.







             2. Pilih makanan yang selamat:



             Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi
             bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.


             Elakkan mengambil makanan yang terbakar dan hangus seperti
             sate hangus kerana ia boleh menyebabkan kanser.



             Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih
             dalam keadaan elok.



             Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi
             perisa tambahan dan pewarna tiruan.



              Elakkan makanan yang digoreng menggunakan minyak masak
              yang telah digunakan berulang kali.



             Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan rupa.


             Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.


                                                                                                                    31
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40