Page 38 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 38

TOPIK 4: GAYA HIDUP SIHAT



                                   Aktiviti Fizikal dan Senaman





                                                     Objektif




                     Mengetahui                               Memahami                         Mengetahui tip
                      perbezaan                             faedah aktiviti                      keselamatan
                    antara aktiviti                           fizikal  dan                            ketika
                      fizikal dan                            senaman untuk                         bersenam.
                      senaman.                              kesihatan diri.




                               Perbezaan aktiviti fizikal dan senaman


     Aktiviti fizikal


       Aktiviti fizikal bermaksud sebarang pergerakan anggota
       tubuh badan yang meningkatkan tenaga lebih daripada
       semasa sedang berehat atau tidur.






       Ini termasuklah aktiviti seharian yang sering dilakukan
       seperti menyapu, mengemop lantai, mengemas rumah,
       membasuh kereta, berkebun, turun naik tangga.





       Aktiviti-aktiviti di atas dapat meningkatkan penggunaan
       kalori dalam tubuh individu tersebut.




     Senaman



       Senaman ialah aktiviti fizikal yang terancang, bersistematik,
       dibuat berulang-ulang kali untuk jangka masa yang
       ditetapkan bagi meningkatkan tahap kecergasan.






       Senaman melibatkan penggunaan tenaga yang banyak
       berserta pembakaran kalori yang lebih berbanding
       dengan aktiviti fizikal.





       Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan,
       berenang, lompat tali dan berbasikal.


                                                                                                                    34
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43