Page 36 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 36

3. Pilih makanan sihat semasa makan di luar:




          Pilih diet seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut
          Piramid Makanan Malaysia 2020.



          Jangan terlebih memesan makanan. Ambil makanan dengan
          hidangan bersaiz kecil berdasarkan keperluan harian yang
          disarankan.


           Pesan minuman yang kurang gula.




          Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam
          (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan.





          Pesan jus buah yang segar dan bukan minuman berkarbonat.




          Lebihkan sayur-sayuran dalam makanan yang dipesan.





           Digalakkan memilih makanan yang tidak bergoreng.



          Salad atau buah-buahan yang segar adalah pilihan pencuci
          mulut (dessert) yang sihat.









                                    1. Pemilihan bahan mentah yang berkualiti serta pengubahsuaian
         Mesej utama                  resepi yang sihat adalah disarankan.

                                   2. Penyediaan dan pemilihan tempat makan yang bersih serta
                                      makanan yang selamat, berkualiti dan sihat perlu diutamakan.





          Soalan kuiz               Antara panduan memilih tempat makan yang bersih adalah premis
                                    yang berhampiran dengan jalan raya atau tempat pembuangan
                                    sampah. Benar atau tidak?





                                      1.Modul Makan Secara Sihat, 2011
             Rujukan                 2.Portal MyHealth KKM: Makan di luar Makan Di Luar - PORTAL
                                        MyHEALTH


                                                                                                                    32
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41