Page 44 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 44
Zat
2 Pengenalan Zat Besi Besi
Zat besi merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pelbagai proses metabolik
dalam tubuh badan. Ia juga merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel
darah merah.
Berapakah jumlah zat besi yang diperlukan?
18mg Semasa hamil, keperluan zat besi meningkat daripada 18 mg kepada
27 mg/ hari. Peningkatan keperluan zat besi ini berlaku kerana zat
besi tambahan diperlukan untuk menampung pembentukan sel
darah merah yang banyak, plasenta (uri), dan juga diperlukan untuk
27mg bayi yang membesar.
Semakin bertambah tempoh kehamilan, semakin banyak zat besi
diperlukan. Pada trimester ketiga, ibu hamil memerlukan 30 mg zat
besi sehari. Ia juga penting sebagai tambahan yang diperlukan oleh
30mg badan ibu untuk persediaan sekiranya berlaku pendarahan masa
bersalin ataupun masa berpantang.
RNI (2017) Kenapa pengambilan zat besi penting?
Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh
menghasilkan hemoglobin iaitu protein penting dalam sel darah
merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh
badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah
dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah
keletihan yang merupakan simptom kepada anemia.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Secara umum, terdapat dua jenis makanan yang mengandung zat besi, iaitu makanan
yang bersumberkan haiwan dan tumbuhan.
Berikut adalah beberapa pilihan makanan yang mengandung zat besi tinggi:
Daging merah, ayam, Sayuran hijau seperti Bijirin sarapan yang
kuning telur, kerang, ikan bayam, brokoli, peria diperkaya dengan zat besi
Kentang bersama kulit Kacang kuda Tauhu
40