Page 42 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 42

Keperluan Mineral dan Vitamin Semasa Hamil




            Objektif                   Mengetahui keperluan nutrien (asid
                                       folik, kalsium, zat besi, vitamin C, dan
                                       iodin) semasa hamil.






                                                                                           Asid
              1       Pengenalan                   Asid folik                             Folik






             Asid folik penting dalam penghasilan sel darah merah
             dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut,
             kulit, saraf dan otak. Oleh itu, ia amat penting bagi
             wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan
             sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

             Asid folik atau vitamin B9 merupakan sejenis vitamin
             B yang boleh didapati daripada makanan.



                      Berapakah jumlah asid folik yang diperlukan?




          Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan mengambil 400 µg asid folik/ hari.
          Wanita hamil memerlukan 600 µg asid folik/ hari. Kehamilan akan meningkatkan
          keperluan asid folik (RNI,2017)




















               Pisang                     Jagung                      Betik                      Labu


















                 Epal                Lobak merah                       Telur               Sayuran hijau

                                                                                                                    38
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47