Page 38 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 38
Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama. Karbohidrat terdapat
dalam bentuk ringkas (karbohidrat ringkas) seperti gula, dan
dalam bentuk kompleks (karbohidrat kompleks) seperti serat
dan kanji. Makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan
dan produk susu juga mempunyai karbohidrat.
Kepentingan karbohidrat semasa mengandung:
Karbohidrat kompleks mempunyai
serat yang boleh membantu Pengambilan karbohidrat yang
mengekalkan kesihatan sistem betul boleh membantu wanita
pencernaan semasa mengandung hamil mengawal paras gula dalam
dengan mengawal pergerakan darah dan dapat mengurangkan
usus dan menghalang sembelit. risiko GDM.
Mengutamakan pengambilan Pengambilan karbohidrat yang
karbohidrat kompleks berkhasiat mencukupi boleh memberikan
dapat mengekalkan berat badan rangsangan tenaga yang sangat
yang sihat sepanjang kehamilan diperlukan semasa tempoh
dan mengurangkan risiko kehamilan.
berlebihan berat badan/ obesiti.
Tidak terdapat saranan pengambilan (RNI) yang khusus bagi
pengambilan karbohidrat seharian semasa mengandung. Wanita hamil
disarankan mengambil 50-65% pengambilan kalori daripada sumber
karbohidrat. Pengambilan 4-8 sajian karbohidrat sihat setiap hari
adalah mencukupi sepanjang kehamilan. 4-8 sajian setiap hari
Ibu hamil dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada kualiti
dan kuantiti karbohidrat yang diambil semasa mengandung.
Wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan karbohidrat
ringkas seperti makanan dan minuman manis.
Keutamaan adalah memilih karbohidrat yang sihat dan
mempunyai serat. Peningkatan pengambilan serat harian
bagi keperluan ibu hamil adalah sebanyak 12% daripada
saranan 25g/ hari bagi wanita.
34