Page 36 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 36
Keperluan Makronutrien Semasa Hamil
Mengetahui kadar Mengetahui
Objektif keperluan pengambilan cara untuk
protein, karbohidrat, dan
mengamalkan
lemak mengikut trimester pemakanan
kehamilan. seimbang.
Pengenalan Terdapat 3 makronutrien yang perlu diberi penekanan sepanjang
tempoh kehamilan:
Protein
Protein sangat penting dalam diet wanita hamil. Pertambahan protein
diperlukan semasa kehamilan bagi menampung keperluan sintesis tisu
ibu dan menyokong perkembangan janin yang sihat.
Keperluan protein ibu hamil meningkat dari tempoh awal kehamilan dan
mencapai tahap maksimum pada trimester ketiga.
*Saranan pengambilan zat makanan Malaysia (RNI) Trimester pertama: + 0.5 g/ hari
Pertambahan keperluan protein Trimester kedua: + 8 g/ hari
ibu ketika hamil (RNI, 2017):
Trimester ketiga: + 25 g/ hari
Bagi remaja yang hamil, keperluan protein mereka adalah lebih tinggi
berbanding dengan orang dewasa yang hamil kerana remaja masih
mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang pesat.
Bermula dari trimester pertama terdapat peningkatan protein sebanyak 1.5g
1.5 g bagi setiap 1 kg jisim hamil setiap hari, iaitu kira-kira 60-90 g.
Pengambilan protein bukan sahaja dilihat pada kuantiti, tetapi juga pada
aspek kualiti. Diet seharian harus menyumbang kepada 50% protein
bersumberkan tumbuhan dan 50% untuk sumber haiwan (25% adalah
daging dan ikan, 20% adalah produk tenusu dan 5% adalah telur).
Akibat kekurangan protein boleh menyebabkan kelahiran bayi tidak
cukup berat.
32