Page 45 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 45
3 Pengenalan Vitamin C Vitamin
C
Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Selain itu, ia
diperlukan untuk sistem imun dan pembinaan tisu dan kolagen. Kajian
menunjukkan pengambilan vitamin C yang tidak mencukupi semasa
hamil berisiko mengalami kebocoran air ketuban dan kelahiran bayi
pra-matang [7].
Berapakah jumlah vitamin C yang diperlukan?
80-200mg sehari Ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin C pada kadar 80-200
mg sehari. Ibu hamil digalakkan untuk mendapatkan vitamin C
dengan memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pengambilan suplemen vitamin C perlu dirujuk kepada doktor atau
ahli farmasi terlebih dahulu bagi mengelakkan dos berlebihan.
RNI (2017)
Makanan yang kaya dengan vitamin C antaranya ialah:
Citrus Kangkung Sawi
Betik Jambu batu Tembikai
Mangga Tomato
41