Page 36 - Nilai Shahid al-Quran
P. 36
POLA
Dajlan, 1987
Zamri & Kaseh, 2011
AL- FUNGSI
NAHU QURAN
(Shahid) TAWJIH Taqi, 2011
c Ata Allah, 2012
SEMANTIK
Abdul Razak, 2014
Al-Ansari, 1984
Rajah 1.2 Perkembangan Teori Nahu al-Quran.
1.5.2 Teori Susunan (Nazariyyat al-Nazm)
c
Teori Susunan telah diperkenalkan oleh Abd al-Qahir al-Jurjani (m.472H/1078)
c
melalui karya masyhurnya Dalail al-I jaz (Al-Jurjani, 1994). Teori ini
mengetengahkan bahawa perkara yang memberikan nilai tambah kepada tatabahasa
Arab yang digunakan dalam al-Quran adalah susunan perkataan di dalamnya yang
terlalu sempurna. Al-Samarai (2000) telah menyokong teori ini dengan kenyataan
bahawa al-Quran itu bersifat mukjizat kerana kehebatan susunan tatabahasanya.
Susunan yang dimaksudkan dalam teori ini adalah al-taqdim dan al-ta‟khir, al-dhikr
dan al-hadhf, al-tadhkir dan al-ta‟nith dan sebagainya.
Teori ini sememangnya telah mendapat sambutan dalam kalangan pengkaji dari
dahulu hingga sekarang. Kajian Abu Bakr (2000), Fatima (2011) dan Balhaf (2012)
tertumpu kepada pengaruh susunan dalam tatabahasa sehingga memberi kesan ke atas
memahami isu mukjizat al-Quran dari segi semantik.
Dalam kajian ini, teori susunan, buku Lamasat al-Bayaniyyah (al-Samarai, 2003) dan
c
beberapa buah buku yang diterbitkan berasaskan perbincangan i jaz al-Quran akan
18